Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ketua AKPS Jelaskan Bukan Mudah Buang Penjawat Awam Tidak Berintegriti

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menjelaskan bahawa proses pembuangan kerja penjawat awam, termasuk penguat kuasa yang terlibat dengan isu integriti, bukan sesuatu yang mudah dan tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Proses pembuangan penjawat awam tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya

Memetik laporan daripada Berita Harian, beberapa siri tangkapan telah dilakukan terhadap pegawai dan anggota AKPS yang disyaki menerima sogokan atau habuan ketika bertugas di lapangan.

Namun, situasi itu sering menimbulkan persepsi masyarakat seolah-olah tindakan yang diambil hanya sekadar menahan atau memindahkan pegawai terbabit tanpa hukuman berat.

“Orang ramai sering mempersoalkan mengapa ada pegawai ditangkap tetapi kemudian dilihat kembali bertugas, ibarat tiada tindakan serius dikenakan terhadap mereka.
“Namun, perlu difahami bahawa proses untuk membuang kerja seseorang penjawat awam yang tidak berintegriti bukan mudah dan tidak boleh dilakukan secara sewenang-wangnya,” katanya pada sesi temu bual khas bersama media.

Ada proses untuk buang penjawat awam

Mohd Shuhaily turut menyatakan, tindakan tatatertib termasuk pembuangan kerja tertakluk kepada Perkara 132 hingga 135 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin proses wajar serta sistem pengadilan sebelum seseorang pegawai boleh ditamatkan perkhidmatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sekiranya terdapat kesalahan yang membolehkan pembuangan kerja serta-merta bawah peraturan sedia ada, termasuk yang diperuntukkan dalam Perintah Am, kita akan bertindak. Itulah hala tuju yang sedang saya usahakan,” katanya.

Keputusan bukan bawah kuasa mutlak AKPS

Walau bagaimanapun, beliau mengakui keputusan pembuangan kerja bukan di bawah kuasa mutlak AKPS, sebaliknya memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Bukan kita tidak mahu membuang kerja pegawai yang bermasalah, namun kita terikat dengan undang-undang dan perkara ini perlu difahami oleh masyarakat,” ujarnya.

penjawat awam

Artikel lain: Selangor Kekalkan Larangan Bawa Haiwan Peliharaan Ke Pusat Beli-Belah

Bagi menangani isu integriti yang berterusan, AKPS menubuhkan pasukan khas bagi meneliti aduan orang awam dan mengesahkan maklumat sebelum operasi penguatkuasaan dilaksanakan.

“Apabila seseorang sudah biasa dengan gaya hidup tertentu, memang sukar untuk berubah. Namun mereka perlu berubah. Jika tidak, mereka akan berdepan akibatnya,” katanya.

Beliau turut menegaskan aspek integriti akan terus menjadi keutamaan AKPS, termasuk tiada toleransi terhadap pegawai yang gagal menjelaskan sumber pemilikan harta kekayaan yang mencurigakan.

Sumber: Berita Harian (Safeek Affendy Razali)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd