Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

BSH Diteruskan, Kerajaan Peruntukan RM147.3 Juta Bantu Golongan Nelayan

Kerajaan peruntukan RM147.3 juta bantuan sara hidup (BSH) untuk meringankan beban golongan nelayan laut dan darat yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup.

Menurut laporan Berita Harian, sebelum ini RM622.88 juta BSH diberikan kepada seluruh nelayan di seluruh negeri dalam tempoh lima tahun iaitu dari 2018 hingga 2022.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bantuan yang telah dilaksanakan sejak 2008 itu bertujuan meringankan beban yang ditanggung nelayan untuk meneruskan kehidupan.

Kerajaan peruntukan RM147.3 juta

Artikel lain: Kerajaan Peruntuk RM600 Juta Untuk Kurangkan Impak Bencana

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Nelayan laut menerima elaun RM300 sebulan manakala nelayan darat menerima RM250.
“Sepanjang 2018 hingga 2002, jumlah sara hidup nelayan adalah RM622.88 juta dan pada 2023, sebanyak RM147.3juta diperuntuk untuk program ini,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Bukan itu sahaja, bantuan lain yang disediakan untuk golongan tersebut adalah skim subsidi diesel bernilai RM3.61 bilion ditanggung oleh kerajaan dari 2018 hingga 2022.

“Melalui skim subsidi nelayan, mereka boleh dapat harga diesel serendah RM1.65 seliter dan kerajaan membelanjakan RM3.61 bilion untuk itu.
“Kerajaan turut memperkenalkan insentif hasil tangkapan dengan program ini membabitkan nelayan bot A, B dan C bermula 2008 hingga sekarang manakala setiap tangkapan untuk sekilogram dibayar tambahan 10 sen oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
“Nelayan bot A menerima bantuan RM150, bot B sehingga RM750 dan bot C sehingga RM1,000. Sejumlah RM74 juta dibayar kepada 29,529 nelayan bagi tempoh 2018 hingga 2022,” katanya.

Malah, kerajaan turut memperkenalkan skim bantuan bencana alam dan kebajikan nelayan sejak tahun 2019.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu berkata Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan sentiasa harga ikan di seluruh negeri bagi menangani krisis bekalan tersebut.

Sumber: Berita Harian (Latifah Arifin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sekumpulan pekebun durian mendakwa kerajaan Pahang telah melanggar perintah Mahkamah Rayuan apabila menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King tanpa notis. Kerajaan Pahang didakwa...

Lokal

Muhamad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ kini berhadapan dengan risiko lumpuh kekal akibat kecederaan serius pada saraf tulang belakangnya selepas insiden yang...

Sukan

Pemain bola sepak, Faisal Halim meraih tumpuan warganet kerana mengekalkan tradisi memberi duit raya kepada penyokongnya ketika perlawanan Selangor menentang Terengganu di Stadium MBPJ...

Lokal

Tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights terus menjadi perbincangan hangat di kalangan netizen kerana muncul pelbagai spekulasi mengulas punca kejadian sebenar kemalangan itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd