Ratu Pop terkenal, Britney Spears dedah gugurkan kandungan selepas hamil anak penyanyi Justin Timberlake ketika mereka masih bersama.
Britney Spears dedah pernah gugurkan kandungan
Memetik laporan BBC, penyanyi tersebut menulis pengakuan itu dalam buku memoir, The Women in Me yang memfokuskan kehidupannya di bawah bapa, James Spears.
Menurut Britney, Justin tidak gembira apabila mengetahui perkara itu kerana dia masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata.
“Dia berkata kami belum bersedia untuk mempunyai anak dalam kehidupan. Justin sangat yakin yang dia tidak mahu menjadi bapa,” katanya.
Selain itu, penyanyi berusia 41 tahun itu juga menyatakan dia sendiri tidak pasti jika keputusan untuk menggugurkan anak itu adalah tepat.
Britney menambah jika dibenarkan untuk membuat pilihannya sendiri, dia pasti tidak akan menggugurkan kandungan itu.
Artikel berkaitan: Sering Dipukul Hingga Lebam Punca Suami Britney Spears Minta Cerai?
“Bagi saya, perkara itu bukanlah satu tragedi. Saya sangat mencintai Justin dan saya sentiasa berharap kami akan berkeluarga suatu hari nanti, namun tidaklah seawal ini,” tulisnya.
Bukunya, The Women in Me akan diterbitkan pada 24 Oktober ini dan pendedahan mengenai anak Justin ini telah disiarkan di majalah People.
Terdahulu, pasangan berkenaan pernah bercinta selama empat tahun bermula pada tahun 1999 dan berakhir pada tahun 2002.
Buku tersebut merupakan memoir ibu kepada dua orang anak itu yang mana dia menceritakan kesan konservator yang berlaku kepada dirinya selama 13 tahun.
Dalam buku tersebut, Britney menceritakan penderaan bapanya sepanjang kerjaya yang mana dia mengawal kewangannya bermula pada tahun 2008.
Selain itu, Britney juga pernah memberikan keterangan di mahkamah pada 2021 terhadap bapanya yang memaksa untuk membuat persembahan tanpa kehendak dan dihalang dari mempunyai lebih ramai anak.
Pada waktu yang sama, bapa kepada penyanyi itu juga merupakan orang yang menguruskan kewangan disamping mengawal lawatannya keatas anak-anak Britney.
Disebabkan penderaan bapanya, Britney menunjukkan ketidakpuasan hatinya dengan pelbagai cara seperti mencukur kepalanya dan berkelakuan buruk bagi menunjukkan protes.
James juga seringkali mengejek anaknya itu dengan berkata Britney kelihatan gemuk dan perkara itu sangat memalukan.
Melalui buku The Women In Me, Britney bukan sahaja berkongsi detik-detik gelap sepanjang kerjaya namun dia juga menulis detik-detik gembira di zaman kanak-kanaknya termasuklah ketika dia masih berada di sekolah menengah.
Sumber: BBC