Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiba-Tiba Brek Mengejut, Kenderaan Elektrik Nyaris Dirempuh Atas Jalan – “Servis Syarikat Sangat Teruk”

Sebuah keluarga mengalami detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (SUV) elektrik sepenuhnya (EV) berhenti secara mengejut ketika sedang dipandu di atas jalan raya.

Kereta eletrik brek mengejut

Kereta eletrik brek mengejut

Berita tersebut tular di Facebook setelah dikongsikan oleh pemilik kenderaan terbabit iaitu Izwan Hassan, 33, yang dipercayai masih trauma dengan insiden yang terjadi pada 1 Mei lalu ketika dalam perjalanan bersama keluarga dari Melaka ke Pulau Pinang.

“Pengalaman paling mengerikan bagi kami sekeluarga apabila kereta BYD Atto 3 secara tiba-tiba brek mengejut ketika sedang dipandu di lorong kanan lebuh raya.
“Pada 1 May lalu, kami dalam perjalanan dari Melaka ingin pulang ke kampung di Penang dan singgah di Kajang sebentar untuk menghadiri rumah terbuka,” tulis Izwan pada Isnin.

Sementara itu, lelaki terbabit memberitahu tiada sebarang amaran atau ‘indicator’ yang muncul sebelum kereta tersebut tiba-tiba berhenti dan lebih merisaukan lagi kenderaan yang dipandu itu nyaris dirempuh oleh pengguna jalan raya lain.

“Sewaktu di lebuhraya Cheras-Kajang, kereta dengan secara tiba-tiba brek mengejut tanpa ada sebarang amaran atau apa-apa ‘indicator’.
“Di skrin panel kereta pula menunjukkan “Power System Failure” dan keempat-empat tayar kereta seperti di kunci.
Beberapa kereta hampir kemalangan kerana mengelak dari merempuh kereta kami yang tiba-tiba berhenti di lorong kanan,” ujarnya.

Kereta eletrik brek mengejut

Menurut Izwan, dia terpaksa menghubungi pihak lebuh raya untuk mengawal lalu lintas dan mencuba beberapa cara untuk menggerakkan semula kenderaan tersebut namun tetap gagal.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya terus menelefon pihak lebuh raya untuk meminta bantuan mengawal lalu lintas. Alhamdulillah, kurang 10 minit pihak peronda sampai dan terus meletakkan kon di lorong kanan agar kenderaan lain berwaspada dengan kereta kami.
“Saya juga cuba untuk ‘Off dan On’ kereta namun tidak berhasil kerana tiada sebarang respon. Tayar pula seperti dikunci dan kereta tidak boleh ditolak walaupun gear sudah ‘N’.
“Dalam 1 jam, pihak towing insurance datang dan menunda kereta kami ke pusat servis di BYD Glenmarie Shah Alam. Saya hanya boleh meninggalkan kereta di situ kerana di luar waktu operasi. Kami sekeluarga terpaksa menumpang di rumah saudara yang terletak tidak jauh dari situ,” jelas lelaki itu.

Pengguna Facebook itu memberitahu telah menelefon pihak BYD untuk memaklumkan masalah yang dihadapi namun mendakwa pihak tersebut memberikan pelbagai alasan dan enggan bertanggungjawab.

“Pada keesokan paginya, saya menelefon BYD cawangan Glenmarie untuk memberitahu masalah kereta tersebut tetapi mereka memberikan pelbagai alasan seperti, tidak cukup staf, perlu appointment, dan pelbagai lagi.
“Disebabkan hal ini merupakan kecemasan kerana melibatkan nyawa, saya tetap menegaskan dan memaksa mereka untuk memeriksa kereta tersebut.
“Pada 4 petang mereka memberitahu kereta kami mempunyai masalah bateri 12V dan memerlukan masa beberapa hari untuk membaik pulih dan melakukan pemeriksaan.
“Saya minta mereka bertanggungjawab kerana saya perlukan kenderaan untuk pulang ke kampung namun mereka memberikan alasan “kereta pinjam sudah habis”. Kami sekeluarga tercengang sebentar apabila alasan ini dikeluarkan oleh sebuah company kereta EV yang dikatakan gah di Malaysia,” tambahnya lagi.

Kereta eletrik brek mengejut

Izwan meluahkan rasa kesal dengan servis syarikat itu dengan mendakwa suka lepas tangan selain mendedahkan kenderaannya juga sebelum ini pernah berdepan masalah, namun masih menunggu pihak BYD untuk bertanggungjawab sehingga kini.

“Apa yang boleh saya katakan servis syarikat ini sangat teruk pada awalnya. Mereka seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab dan menganggap hal ini sebagai perkara remeh.
“BYD Glenmarie meminta saya hubungi BYD Melaka (tempat dibeli) untuk bertanggungjawab, BYD Melaka pula mengatakan ‘diluar bidang kuasa kami kerana kereta hantar disana’. Saya tidak mampu berbuat apa-apa selain menunggu keputusan.
“Sebenarnya ada juga masalah lain yang saya telah lapor pada bulan 2 mengenai kerosakan ‘Wallbox Charger’ namun sampai sekarang tiada penyelesaian. Bila saya ‘follow up’ jawapannya sama, tidak pasti bila boleh settle sudah lapor pada pembekal
“Pada 5 May, mereka memberitahu saya bateri 12V perlu diganti kerana ‘low voltage’. Agak terkejut juga kerana kereta ini baru berusia 10 bulan dan sudah mengalami masalah bateri.
“Kos penukaran bateri pula RM418 dan tiada warranty kerana kereta sudah lebih 20,000 kilometer. Persoalan seterusnya, kenapa tiada sebarang amaran dan kereta terus brek mengejut? Mereka menjawab, memang tiada amaran atau indikasi jika bateri 12V bermasalah,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Kurang Pengecas, Harga Mahal Punca Jualan EV Di Negara Ini Sukar Meningkat

Difahamkan tujuan perkongsian itu dibuat bukan bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak, namun hanya sekadar berkongsi pengalaman buruk menggunakan kenderaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden yang berlaku bermain dengan nyawa menyebabkan perkara ini terpaksa dikongsikan kepada orang ramai supaya lebih berwaspada buat mereka yang menggunakan kereta jenis sama.

Sumber: Facebook Nur Afifah Abdul Rahaim

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda dikenali Zulhilmi terpaksa berdepan situasti yang kurang senang apabila diganggu oleh seorang wanita yang dikatakan obses kepadanya sejak lima tahun lalu. Menerusi...

Lokal

Kehilangan cucu kesayangan yang dijaga sejak kecil sudah pasti memberi kesan yang sangat mendalam menyebabkan seorang datuk tidak menyangka bahawa cucunya telah maut akibat...

Sosial

Pengantin tak kisah apabila pelamin di majlis perkahwinannya roboh disebabkan tindakan anak rakannya, baru-baru ini sehingga menarik perhatian ramai. Menerusi video tular dimuat naik...

Sosial

Sahabat merupakan orang paling hampir dan tempat ternyaman untuk seseorang berkongsi cerita tidak kira suka mahupun duka. Pemuda imamkan solat jenazah rakan baik Tular...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd