Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bot TLDM Hilang Kawalan, Rempuh Bot Pelancong Ketika Latihan LIMA’25

Orang ramai di Jeti Teluk Baru, Langkawi dikejutkan dengan kejadian sebuah bot pemintas milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hilang kawalan dan melanggar bot pelancong yang sedang berlabuh, petang tadi.

Difahamkan, insiden berlaku sewaktu sesi latihan segmen maritim TLDM sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Bot TLDM Hilang Kawalan

Bot TLDM hilang kawalan, 2 anggota tak sempat kawal situasi

Menerusi beberapa video yang kini tular di media sosial, bot yang memaparkan bendera TLDM dilihat tidak dikendalikan oleh jurumudi, sebelum ia meluncur laju, merempuh bot pelancong dan terbabas ke bahagian darat.

Menambah cemas suasana, terdapat dua anggota berada di sisi kiri dan kanan bot semasa insiden berlaku, namun mereka dilihat tidak mampu mengawal situasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian tersebut turut disaksikan sekumpulan orang awam yang berada berhampiran dan sempat merakam detik-detik cemas tersebut dari pelbagai sudut.

Artikel lain: TLDM Selamatkan Warga Australia, Terkandas Bersama Kapal Layar Selama Empat Hari

Bot TLDM hilang kawalan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Walau bagaimanapun, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengeluarkan kenyataan dengan memaklumkan tiada sebarang kemalangan jiwa ataupun kecederaan parah berlaku susulan insiden tersebut.

Kru yang terlibat dalam insiden itu juga telah dibawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Untuk rekod, ini merupakan insiden kedua melibatkan pasukan keselamatan negara sempena LIMA’25 selepas pesawat Hawk milik TUDM terbabas minggu lalu akibat masalah gear pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH).

Sumber: Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd