Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bina Nama Bersama MU, Pemain Kacukan Dedah Neneknya Dari Selangor

Pemain berdarah Malaysia-England, Ethan Wheatley semakin membina nama di pentas antarabangsa dan kini mula menjalani latihan bersama skuad utama Manchester United (MU).

Menurut laporan Berita Harian, ketua jurulatih Erik Ten Hag memaklumkan bahawa pemain berusia 18 tahun itu mula menarik perhatian orang ramai khususnya peminat bola sepak dunia.

Foto: New Straits Times

Ten Hag menjelaskan bahawa pemain kelahiran Stockport, England itu antara tonggak utama skuad Bawah 18 Tahun (B-18) Manchester United apabila menjaringkan lima gol dalam enam perlawanan di U18 Premier League 2023/2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Wheatley turut memaklumkan bahawa dia turut memiliki pertalian darah dengan Malaysia melalui neneknya yang berasal dari Selangor da sering kali bercuti ke Malaysia.

Foto: Instagram @frfuturetalents

“Benar, nenek saya dilahirkan dan berasal dari Selangor namun dia telah berpindah ke England ketika usia muda.
“Semasa saya kecil, keluarga kami sering bercuti di Kuala Lumpur,” kata pemain terbabit kepada laman Frfuturetalents.

Setakat ini, Wheatley belum diberikan peluang untuk beraksi bersama skuad utama Manchester United, namun kemungkinan besar ianya akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat ini.

Melihatkan keupayaan pemain terbabit, dirinya merupakan individu versatil dan mampu membantu bahagian serangan skuad Harimau Malaya sekiranya dia mahu beraksi untuk Malaysia setelah ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, seorang lagi pemain kacukan yang berpotensi iaitu Ferdy Druijf mengakui sedang mempersiapkan dokumen lengkap untuk membuktikan dia memiliki darah keturunan Malaysia daripada sebelah neneknya.

“Keinginan saya beraksi untuk Malaysia sentiasa ada. Sekarang saya sedang menyediakan dokumen demi membuktikan nenek saya sebenarnya lahir di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Druijf mengakui ibunya dilahirkan di Malaysia namun tidak menyebut secara jelas dari negeri mana ibunya berasal.

Untuk rekod, pemain yang berusia 26 tahun itu turut mengikuti akaun media sosial Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengetahui setiap perkembangan skuad Harimau Malaya.

Sumber: Berita Harian (Syazwan Msar), Instagram @frfuturetalents

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd