Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bertengkar Dalam Perjalanan Balik Kampung, Suami Tergamak Tolak Isteri Jatuh Gaung

Seorang lelaki yang juga merupakan suami ditahan polis atas pertuduhan cubaan membunuh isteri dengan tolak hingga jatuh gaung berhampiran KM31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata maklumat diterima sekitar jam 2 petang pada hari sama.

Suami tergamak tolak isteri jatuh gaung

suami tergamak tolak isteri jatuh gaung

Gambar hiasan

Orang awam telah menghubungi pihak polis dan memaklumkan berkenaan penemuan mangsa berusia 32 tahun yang didapati keseorangan selain mengalami kecederaan di kawasan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 39 tahun yang juga suami mangsa membawanya dari ibu kota menuju Perak atas alasan mahu pulang ke kampung kira-kira jam 5.30 petang pada Jumaat lalu.

Menurutnya, sepanjang perjalanan itu berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua mereka sehingga menyebabkan mangsa dikasari selain diugut bunuh oleh suaminya.

Artikel lain: KPT Pandang Serius Dakwaan Jual Sijil Akademik, Kesan Beberapa Kes Penipuan

“Sepanjang perjalanan, pertengkaran mulut berlaku antara mereka. Apabila sudah malam setibanya di suatu tempat, suspek memberhentikan kereta dan bertindak mengugut mahu membunuh mangsa menggunakan sebilah pisau namun mangsa merayu sebelum pertengkaran berlaku di dalam kereta itu sambil suspek mencekik leher mangsa.
“Mangsa bertindak terjun daripada kereta tetapi suspek memasukkan isterinya itu semula ke dalam kereta dan terus memecut kereta sehingga tiba di kawasan KM 31.2 JRTB kira-kira jam antara 4 hingga 5 pagi. Setibanya di kawasan itu, berlaku lagi pertengkaran mulut antara mereka.
“Suspek kemudiannya menarik mangsa keluar dari kereta dan berlaku pergaduhan serta pergelutan di bahu jalan. Suspek kemudiannya bertindak menolak mangsa sehingga jatuh ke dalam gaung,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

suami tergamak tolak isteri jatuh gaung

Gambar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan lanjut mendapati mangsa menyelamatkan diri dengan merangkak naik ke baju jalan sebelum dijumpai oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi polis dan mangsa dibawa oleh ambulans ke Unit Kecemasan Hospital Gerik untuk diberi rawatan awal.

“Pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kesan calar, luka serta lebam pada tubuh badan dan kini mangsa menerima rawatan di Hospital Taiping,” ujarnya.

Sementara itu, Zulkifli berkata suspek berjaya ditangkap pada Rabu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, Kedah kerana terdapat pembabitan suspek dalam kes yang berlaku di daerah pentadbiran IPD berkenaan.

“Sejurus siasatan kes di Baling selesai, suspek akan ditangkap semula oleh pihak IPD Gerik untuk melengkapkan siasatan kes cubaan membunuh ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Zulsyamimi Sufian Suri)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Lokal

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar menegaskan tindakan tegas terhadap pelajar sekolah perlu dilakukan bagi mengelakkan mereka terlibat dalam kegiatan jenayah atau salah laku....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd