Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Berjaya Peroleh Semula RM29.7 Bilion Berkaitan 1MDB, SRC – PM Anwar

Kerajaan telah berjaya mendapatkan semula RM29.7 bilion yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd sejak penubuhan Akaun Amanah Pemulangan Aset pada 2018.

Menurut laporan Buletin TV3, daripada jumlah itu, RM10.9 bilion merupakan kutipan kumulatif yang diperoleh antara tahun 2022 hingga 30 Jun 2025.

Sehingga 31 Julai tahun ini, sebanyak RM42.17 bilion dana bersih telah disalurkan kepada 1MDB bagi tujuan pembayaran hutang.

Berjaya peroleh semula RM29.7 bilion

Berjaya peroleh semula RM29.7 bilion

“Jumlah ini merangkumi RM15.44 bilion daripada dana kementerian dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang diberikan dalam bentuk pendahuluan pemegang saham atau pinjaman, serta RM26.73 bilion daripada hasil pemulangan aset 1MDB.
“Sebanyak RM28.93 bilion digunakan untuk membayar prinsipal hutang 1MDB, manakala RM13.24 bilion diperuntukkan bagi bayaran faedah dan komitmen lain syarikat itu,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH–Bandar Tun Razak) mengenai jumlah keseluruhan dana awam yang diperoleh semula kerajaan sejak 2022, termasuk pemulangan aset berkaitan kes berprofil tinggi seperti 1MDB.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan baki hutang 1MDB hingga 2039 ialah RM9.02 bilion.

Anwar berkata lagi, baki hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang merangkumi prinsipal dan faedah bagi Sukuk Nota Jangka Sederhana Islam yang perlu dibayar sehingga 2039 berjumlah RM9.02 bilion, terdiri daripada RM5 bilion prinsipal dan RM4.02 bilion faedah.

Artikel lain: Pekerja Asing Juga Berhak Dilindungi Undang-Undang Negara – Azalina

Berjaya peroleh semula RM29.7 bilion

Bagi SRC International Sdn Bhd (SRC), kerajaan telah menyalurkan RM5.35 bilion bagi menampung pembayaran prinsipal, faedah dan komitmen kewangan lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Proses mendapatkan semula dana yang dikaitkan dengan 1MDB dan SRC masih diteruskan.

“Ia adalah proses yang rumit dan panjang yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun, kerana bukan sahaja membabitkan kerjasama antara beberapa agensi domestik dan agensi asing dari pelbagai negara, tetapi juga memerlukan prosiding mahkamah dan rundingan penyelesaian.
“Kerajaan pada masa ini kekal komited sepenuhnya untuk meneruskan usaha memulihkan semua dana yang diseleweng berkaitan 1MDB dan SRC, dengan matlamat akhir memaksimumkan pulangan bagi menyelesaikan hutang dan memenuhi obligasi 1MDB serta SRC dalam tempoh masa yang ditetapkan,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di...

Bisnes

Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan bagi menaikkan kadar cukai tembakau yang juga sejajar dengan komitmen kerajaan bagi pembaharuan kesihatan awam dan fiskal, kata Perdana Menteri...

Lokal

Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, yang dikaitkan dengan dakwaan insiden buli di sebuah sekolah di Papar, tampil memberikan keterangan di Ibu Pejabat...

Lokal

Lebih 3,000 pokok durian yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Gunung Benum, Raub ditebang dalam satu operasi penguatkuasaan khas yang dijalankan selama 18...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd