Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Berhutang Lebih RM2.9 Bilion, Tupperware Bakal Fail Bankrap

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan.

Memetik laporan Bloomberg, berita pemfailan bankrap daripada Tupperware Brands ini dipetik daripada sumber dengan pengetahuan mengenai rancangan berkenaan.

Tupperware bakal fail bankrap susulan gagal membayar hutang

Tupperware Fail Bankrap

Diasaskan pada tahun 1946 oleh ahli kimia, Earl Tupper, populariti syarikat itu melonjak pada tahun 1950-an apabila wanita pasca perang menganjurkan ‘Pesta Tupperware’.

Wanita-wanita ini menjual bekas penyimpanan makanan sebagai langkah untuk meraihkan pemberdayaan dan kebebasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Pandemik Covid-19 juga turut memberikan lonjakan jualan susulan lebih banyak keluarga yang tinggal di rumah, memasak lebih banyan dan menghasilkan lebihan makanan.

Artikel lain: Patuhi Undang-Undang, 99 Speed Mart Pertahan Jumlah Gaji Pekerja

Bagaimanapun, jualan Tupperware Brand merosot dalam beberapa suku tahun kebelakangan ini apabila dunia kembali pulih dan dibuka.

Pada masa yang sama, Tupperware Brand juga telah merancang untuk memohon perlindungan mahkamah selepas melanggar syarat hutangnya disamping turut melantik penasihat kewangan serta perundangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tupperware Fail Bankrap

Persiapan kebankrapan ini adalah susulan rundingan panjang antara Tupperware dan pemberi pinjamannya, yang berkaitan dengan cara mengurus hutang lebih daripada AS$700 juta.

Pada Mac lalu, Tupperware memberi amaran bahawa perniagaan mereka mungkin tidak mampu bertahan sebagai entiti yang berterusan akibat masalah kecairan tunai.

Sumber: Bloomberg

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd