Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bella, Tujuh Lelaki Mengaku Salah Belasah Pemuda

Seramai lapan individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan, melibatkan ugutan bunuh, ugutan memukul serta mengurung seorang lelaki dalam kejadian yang berlaku minggu lalu.

Menurut laporan Harian Metro, kesemua tertuduh, iaitu Muhammad Aqmal Hafifi Mustafa Kamal, 19; Ahmad Rushdi Jumadi, 20; Muhammad Nur Shafiq Abdullah, 25; Muhammad Haikal Zulkarnain, 25; Mohamad Amierul Hakim Shamsuri, 19; Mohamad Danish Hakim Kamaruddin, 25; Syamsul Haniziew Saiful Razali, 20; dan Nuredrianna Balqqisyh Anabella Norazman, 22, mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Atifah Azimah Wahab.

Foto: Harian Metro

Dalam pertuduhan pertama, kesemua tertuduh termasuk Nuredrianna atau dikenali sebagai Bella, didakwa bersama-sama melakukan ugutan jenayah terhadap Muhammad Faris Syahmi Mohd Ridzwan, 22, dengan ancaman untuk membunuh, bertujuan menakutkan mangsa.

Bagi pertuduhan kedua, mereka bersama dua lagi individu yang masih bebas, didakwa melakukan pemerasan terhadap mangsa dengan ugutan tidak akan berhenti  memukul sehingga mangsa  membayar wang berjumlah RM3000.

Ekoran ugutan tersebut, mangsa menyerahkan wang tunai RM600 dan kunci motosikal Yamaha Y16 kepada salah seorang tertuduh, Mohamad Amierul Hakim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala dalam pertuduhan ketiga, kesemua tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas didakwa atas kesalahan mengurung mangsa secara bersama-sama.

Tujuh tertuduh lelaki turut mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Faris Syahmi, dengan seorang lagi masih bebas turut terlibat.

Semua kesalahan ini dilaporkan berlaku di sebuah pangsapuri di Plentong, Masai, Johor Bahru antara jam 10 malam hingga 4 pagi pada 18 hingga 19 April lalu.

Pertuduhan pertama sehingga ketiga dibuat mengikut Seksyen 506, Seksyen 384, dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan, manakala pertuduhan keempat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Ab Latif bersama Timbalan Pendakwa Raya Nik Nuraini Nik Azman dan Nur Fatihah Mohd Nizam.

Kesemua tertuduh diwakili oleh peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norfarahin Mohd Yazid dan T Nadarajan.

Terdahulu, Abdul Ghafar memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin atas setiap pertuduhan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini bermakna kesemua tujuh tertuduh lelaki dimohon dikenakan jaminan berjumlah RM40,000 setiap seorang bagi empat pertuduhan, manakala tertuduh wanita iaitu Bella dimohon dikenakan jaminan berjumlah RM30,000, bagi tiga pertuduhan dihadapinya,” katanya.

Bagaimanapun, pihak pembelaan memohon agar mahkamah mempertimbangkan pengakuan bersalah serta latar belakang tertuduh, termasuk tiga yang tidak bekerja (termasuk Bella), empat yang bekerja sebagai operator kilang, dan seorang bekerja di kelab dengan pendapatan sekitar RM1,200 hingga RM2,000 sebulan.

Difahamkan, Bella juga menghidap penyakit asma dan tinggal bersama ibu bapanya.

Foto: Kosmo! Online

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM16,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tujuh tertuduh lelaki, manakala RM14,000 untuk Bella.

Mahkamah menetapkan 3 Jun depan sebagai tarikh bacaan fakta kes dan hukuman.

Sebelum ini, tular juga beberapa klip video di media sosial menunjukkan seorang pemuda dalam keadaan longlai selepas kelihatan dipukul beramai-ramai di dalam sebuah rumah yang dipercayai terletak di Pasir Gudang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mohamed Farid Noh)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sepasang suami isteri meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan zuriat yang diberi nama Sharifah Amanda Raudhah selepas 19 tahun berkahwin. Menerusi hantaran yang dimuat naik...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Erny Nuryassmien berkongsi pengalaman cemas apabila menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pemuda ketika berada di sebuah pasar raya Mydin di...

Lokal

Polis telah menahan beberapa individu susulan kejadian seorang pemuda dipukul oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah sewa di Plentong, Johor dalam insiden yang tular...

Sosial

Taktik licik dua lelaki termasuk seorang juruaudit yang memperdaya peniaga restoran dengan resit palsu akhirnya membawa padah apabila mereka dicekup polis selepas kejadian di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd