Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

BCL Tak Mahu Anak Dengan Suami Baru, Bimbang Risiko Hamil Usia 40an

Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) tidak mahu anak dengan Tiko Aryawardhana memandangkan usianya sudah mencecah 41 tahun.

Risiko hamil di usia lewat

Memetik laporan dari Suara.com sewaktu ditemu bual dalam saluran YouTube Tuan Kreasi, BCL menyatakan yang dirinya sudah tua dan enggan mengambil risiko jika hamil diusia sebegitu.

“Rasa tidak mahu anak lagi, saya sudah tua. Mungkin berisiko sebab saya sudah lebih 40 tahun. Usia 35 hinga 40 tahun sudah mula risiko jika hamil,” katanya.

BCL tak mahu anak dengan suami baru

Sebelum bernikah dengan Tiko, BCL telah mempunyai seorang cahaya mata bersama Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Noah Sinclair yang kini berusia 14 tahun.

Penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu telah mendirikan rumah tangga dengan Tiko pada 2 Disember 2023 selepas lebih tiga tahun bergelar ibu tunggal. Dia juga pernah menyatakan yang dirinya tidak mahu lagi berkahwin selepas pemergian Ashraf.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, selama lapan bulan dia menangis setelah pemergian suami pertamanya dan merasakan tidak akan ada lagi lelaki yang memahaminya seperti allahyarham Ashraf.

Tiko bukan pintu hati untuk kembali berkahwin

Walau bagaimanapun, kehadiran Tiko telah membuka semula pintu hatinya untuk berpasangan dan ingin membuka lembaran baru.

“Saya rasa amat serasi dengan Ashraf. Jadi terfikir mungkin terus hidup sendiri. Hampir lapan bulan menangis setiap hari selepas kehilangan dia.
“Kemudian saya cuba untuk membuka lembaran baru. Pasti ada perbezaan kerana dia (Tiko) bukan Ashraf. Saya jalani hidup baru kerana saya juga sudah berbeza,” ujarnya.

Terdahulu, BCL dan Tiko telah melangsungkan pernikahan secara tertutup pada 2 Disember 2023 di sebuah villa mewah di Bali Indonesia.

Jejaka yang dinikahinya juga merupakan seorang bapa tunggal dan mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Suara.com

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular seorang suami mendedahkan perbuatan terkutuk isterinya bersama rakan sekerja yang didakwa berlaku curang di belakangnya. Suami dakwa isteri disondol lelaki lain...

Sosial

Seorang lelaki yang mengakui bekas suami kepada guru wanita tular meluahkan rasa sedih terhadap isu yang terpalit terhadap bekas isterinya, baru-baru ini. Menerusi komen...

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial melibatkan seorang suami yang dikenali sebagai ‘Abang Wiring’ menjalinkan hubungan terlarang bersama seorang wanita dipercayai bekerja sebagai seorang...

Nasional

Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai kuasa diplomasi yang progresif dan berpandangan jauh menerusi Deklarasi Kuala Lumpur (KL). Menurut Pengarah Program Peningkatan Eksekutif Ghazali Shafie...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd