Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bawa Skuter Elektrik Tengah Jalan Raya, Tindakan Pelancong Undang Kemarahan Netizen

Tindakan pasangan pelancong yang selamba menunggang skuter elektrik (e-skuter) atau lebih dikenali sebagai beam di tengah jalan raya meraih perhatian sekali gus mengundang kemarahan ramai.

Menerusi perkongsian di X, pemilik akaun @update1111 memuat naik semula sebuah video dirakam oleh seorang individu, @nikhaelneil yang memperlihatkan pasangan tersebut sedang menunggang beam dipercayai di sebuah lokasi di ibu negara.

Walaupun keadaan jalan sesak dengan kenderaan, kedua-dua pelancong itu dilihat selamba melanggar undang-undang penggunaan skuter elektrik dengan menunggangnya melebihi had muatan yang telah ditetapkan.

Dalam video tersebut, dapat dilihat mereka turut mengalami kesukaran untuk mengimbangkan diri sebelum membelok ke simpang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pelancong tersebut sekali gus menyarankan individu yang merakam kejadian itu untuk menegur kesalahan mereka.

Kalau kena langgar mati katak, dia ingat ni Bali ke ?

Orang Malaysia sekarang ni suka buat konten tapi tak suka tegur…

Selain itu, orang ramai turut menyarankan agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong berkenaan serta mengetatkan peraturan berkaitan supaya perkara yang membahayakan nyawa seperti ini tidak berulang lagi.

Mana penguatkuasa? Harap ada operasi atau kawalan polis

Sekadar info, video yang meraih lebih 200,000 tontonan itu turut mendapat lebih 2,000 tanda suka serta 130 komen sejak dimuat naik pagi tadi.

Sumber: X @update11111

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd