Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Bulan Dirawat Di Hospital Mekah, RM500K Diperlukan Untuk Bawa Pulang Hajah Asmah Ke Tanah Air

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, memberitahu kira-kira RM500,000 diperlukan untuk menampung kos membawa pulang jemaah haji, Asmah Mansor, 71, yang masih menerima rawatan di Saudi German Hospital di Makkah sejak 13 September lalu.

Memetik laporan Berita Harian, beliau berkata, setakat ini hampir sebanyak RM10,000 sumbangan telah berjaya dikutip melalui akaun khas yang dibuka di bawah Tabung Musa’adah JAKIM dan Yayasan Wakaf Malaysia.

RM500K untuk bawa pulang

Hajah Asmah RM500K untuk pulang ke Malaysia

“Alhamdulillah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan sahabat yang begitu cepat menyahut jemputan saya untuk membantunya,” kata Mohd Na’im di Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, Asmah disahkan menghidap pneumonia dan kini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Mekah sejak tiga bulan lalu.

Difahamkan, kos yang tinggi disebabkan oleh keperluan penggunaan alat ventilator secara berterusan termasuk ketika dalam penerbangan sekiranya mahu membawa wanita itu pulang ke tanah air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara ini amat penting bagi memastikan keadaan pesakit kekal stabil speanjang perjalanan pulang dari Mekah ke Malaysia.

Sehubungan itu, Mohd Na’im mendedahkan, mengikut maklumat daripada doktor pakar di Arab Saudi serta pegawai perubatan Tabung Haji, anggaran kos keseluruhan untuk membawa pulang jemaah berkenaan dianggarkan sekitar RM500,000.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan simpati terhadap keadaan Asmah yang sudah hampir empat bulan berada di tanah suci dan kini masih dalam proses pemulihan selepas keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Saya sendiri pernah bertemu dengan Hajah Asmah. Suaranya perlahan kerana masih lemah dan dia sempat berkata kepada saya, ‘Datuk, boleh tak bawa makcik balik ke tanah air?’.
“Kata-kata itu amat menyentuh hati saya dan sebab itulah saya mengajak semua pihak untuk sama-sama membantu membawa dia pulang,” kongsinya.

Artikel lain: Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia, Jumlah Meningkat Kepada 11 Orang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk info, sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Musa’adah Jakim-Yayasan Waqaf Malaysia menerusi akaun CIMB Islamic di 86-0221818-6.

Katanya, orang ramai yang ingin membuat sumbangan perlu menggunakan nama Hajjah Asmah Binti Mansor sebagai rujukan.

Sumber : Berita Harian (Nuratikah Athilya Hassan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa esok. Pelantikan itu diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled...

Sosial

Usahawan terkenal Heliza Maysuri menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman uniknya menempah kain kafan untuk alam kubur daripada jenama tempatan terkenal, Rizalman Ibrahim. Usahawan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd