Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Baru Usia 11 Bulan, Krisdayanti Dah Suap Cucu Minum Kopi

Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti sememangnya kerap menjadi sorotan ramai lebih-lebih lagi melihat keakrabannya dengan anak-anak, menantu dan juga cucu.

Sejak bergelar nenek, selebriti yang giat berkecimpung dalam dunia politik itu banyak menghabiskan masa di rumah anak perempuannya, Aurel Hermansyah yang berkahwin dengan YouTuber popular, Atta Halilintar.

Walau bagaimanapun, satu video ketika Kridayanti bermain dengan cucu tersayang, Ameena Hanna Nur Atta telah menjadi sorotan ramai kerana melihat dia menyuapkan kopi ke mulut bayi yang baru berusia 11 bulan itu.

Dari video tersebut, terdengar suara yang mengatakan bahawa ada yang sedang menunggu diberi kopi.

“Good morning selamat masuk bulannya Ameena yaaa. Sebentar lagi tak terasa menunggu dia bisa lari kejar Gemmi, Ya Allah doyan (ketagih) kopi seperti Gemmi.
“semoga kelak menyenangkan hati semua yang sudah cinta dan doa buat Ameena yaaa. Semangat Ameena,” tulisnya.

Bukan tak boleh ke?

Walau bagaimanapun, posting tersebut telah menuai pelbagai komen dari netizen yang prihatin dengan bayi selebriti itu.

Ada di antara mereka merasakan tindakan memberi bayi minum kopi kurang baik untuk kesihatannya kerana ia mengandungi pelbagai bahan yang kurang sesuai untuk mereka dibawah umur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cuma bagi nasihat je

Tapi bukan pertama kali diberi pun, dah selalu

Namun begitu ada juga yang menganggap ia perkara yang tidak perlu diperbesarkan kerana hanya beberapa suap sahaja dan sudah tentu penjaga Ameena tahu batas-batas yang boleh ataupun tidak untuk Ameena.

Bagi sikit2 buat ‘ubat’

Tak akan mempengaruhi apa2 pun

 

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Krisdayanti

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta Β© 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd