Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bapa Mengaku Bersalah Atas Tuduhan Abai Anak, Biar Tidur Di Koridor

Seorang pencari barangan lusuh yang juga merupakan bapa kepada remaja mangsa pengabaian mengaku bersalah atas tuduhan mengabaikan anak lelakinya tersebut yang baharu berusia 14 tahun, di Pasir Gudang, Johor Bharu minggu lalu.

Menurut satu laporan Buletin TV3, Roslan Abas, 56 didakwa kerana mengabaikan anak lelakinya dengan membiarkan remaja tersebut tidur di kaki lima di tingkat dua sebuah rumah flat antara jam 10 malam hingga 8 pagi selama dua hari berturut-turut, pada 7 hingga 9 Julai lalu.

Foto: Facebook JohorPost

“Saya ada bekalkan kunci, tetapi dia tidak mahu masuk. Tak mengapalah, saya faham, saya mengaku salah sahajalah,” katanya.

Walau bagaimanapun, pengakuan bersalah yang dibuat tertuduh di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim ditolak mahkamah kerana dibuat secara bersyarat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media Sosial

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 31 kurungan satu, kurungan A, Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 kurungan satu, akta sama, iaitu sekiranya sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam tersebut untuk diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Foto: Media Sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 29 Julai.

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd