Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bantu Mangsa Kemalangan, Tindakan Pantas CEO Batu Raih Pujian -“Sampai Tak Pakai Kasut”

Pempengaruh, CEO Batu menuai perhatian ramai apabila tindakan pantasnya membantu mangsa kemalangan jalan raya di persimpangan lampu isyarat menuai pujian dalam kalangan netizen.

Bantu mangsa kemalangan

CEO BATU Bantu mangsa kemalangan

Menerusi perkongsian di TikTok @lahpul4k, video tersebut memaparkan CEO Batu atau nama sebenarnya Muhamamd Iqbal Muhamad Nor, 22, hanya berkaki ayam melintas ke tengah jalan raya untuk membantu mengalihkan mangsa ke kawasan yang lebih selamat.

@lahpul4k

accident dkt traffic light ibu pejabat bomba..terkejut tngk ada sorng abg ni lari laju gila mai tlong akak tu..tak expect pulak abg tu CEO BATU..

♬ original sound – 𝓋𝒾𝓇𝑔ℴ β™οΈŽ – 𝓋𝒾𝓇𝑔ℴ β™οΈŽ

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siapa kata CEO Batu jahat, dengan tak pakai kasut dia boleh tolong orang β€˜accident’,” kata wanita itu.

Difahamkan pengguna TikTok itu terkejut apabila melihat seorang lelaki meluru pantas membantu mangsa dan tidak menyangka bahawa individu tersebut merupakan CEO Batu.

“Kemalangan di lampu isyarat berdekatan Ibu Pejabat Bomba, terkejut tengok ada seorang abang ini lari laju gila datang tolong akak itu (mangsa kemalangan), tak sangka pula abang itu CEO Batu,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi positif yang diberikan oleh warganet selepas melihat video tersebut dan rata-ratanya memberi pujian kerana tidak teragak-agak membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan.

Malah ada juga yang mengakui bahawa influencer terbabit sememangnya seorang yang baik dan suka membantu orang lain.

Dia memang baik

Sampai tak sempat pakai kasut

Kita semua pendosa

Artikel lain: Niat Bantu Mangsa Kemalangan, Wanita Maut Dirempuh Treler Dalam Nahas Lima Kenderaan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, CEO Batu didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 16 Mei lalu di sebuah kediaman di Batu Caves kira-kira pukul 1.16 pagi dan tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber: TikTok @lahpul4k

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Politik

Jawatan EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi yang disandang oleh Fahmi Zainol telah tamat secara rasmi pada Rabu. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Menteri,...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Advertisement

Hakcipta Β© 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd