Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Bank Rakyat Umum Jutawan Pertama Akaun Pelaburan-i Rizq Plus, Bawa Pulang Wang RM1 Juta!

Bank Rakyat umum pemenang bagi Cabutan Hadiah Utama Akaun Pelaburan-i Rizq Plus merangkap jutawan pertama produk itu yang membawa pulang wang ganjaran RM1 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman berkata, pengumuman itu sekali gus menamatkan pencarian jutawan produk akaun pelaburan sulung Bank Rakyat.

“Produk ini telah diperkenalkan pada Julai 2022 dan ia khusus untuk menyediakan pilihan pelaburan patuh Syariah yang mana kini mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.

Jutawan pertama yang bertuah bagi produk akaun pelaburan sulung Bank Rakyat ialah seorang jururunding bernama Azrin Mohd Azmi, berusia 60 tahun berasal dari Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Bank Rakyat turut meraikan pemenang Cabutan Hadiah Utama bagi Januari 2024 yang lain, dengan tempat kedua dimenangi oleh Amirul Rahman Abdul Rahim dari Selangor yang membawa pulang hadiah emas seberat 500 gram.

Pemenang tempat ketiga pula Rohaya Mohammad dari Kuala Lumpur yang memenangi peratusan keuntungan dividen saham yang diisytihar selama lima tahun (berdasarkan nilai saham berjumlah RM50,000) berserta hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 (bagi tahun pertama).

Manakala, Mohamad Faiz Ibrahim dari Sabah pula mendapat tempat keempat dan menerima peratusan dividen saham yang diisytiharkan selama lima tahun (berdasarkan nilai saham berjumlah RM50,000) berserta hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 (bagi tahun pertama).

“Kejayaan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus ini mencerminkan usaha berterusan Bank Rakyat dalam menyediakan produk yang inovatif dan bermanfaat, sejajar dengan konsep Malaysia Madani yang menitikberatkan kesejahteraan inklusif serta kemakmuran ekonomi masyarakat.
“Justeru, Bank Rakyat menyeru orang ramai untuk merebut peluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik dan lumayan serta memanfaatkan peluang untuk bergelar jutawan menerusi Akaun Pelaburan-i Rizq Plus,” kata Dr Mohammad Hanis.

Bank Rakyat umum jutawan pertama produknya

Sekadar info, Bank Rakyat telah memperkenalkan struktur hadiah baharu bagi Akaun Pelaburan-i Rizq Plus dengan menawarkan peningkatan hadiah lumayan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peningkatan itu berjumlah keseluruhan RM5.8 juta dengan hadiah utama bernilai RM1 juta kepada pelanggan bertuah bermula awal Ogos tahun lalu sehingga Januari 2025.

Pelanggan boleh merujuk laman sesawang rasmi Bank Rakyat menerusi www.bankrakyat.com.my untuk senarai penuh pemenang.

Bagi pelanggan yang berminat, anda boleh mendapatkan maklumat berhubung Akaun Pelaburan-i Rizq Plus menerusi laman web dan media sosial rasmi @mybankrakyat serta hubungi Pusat Panggilan di talian 1-300-80-5454 atau kunjungi cawangan berdekatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd