Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Banjir Di Enam Negeri, Hampir 36,000 Mangsa Terjejas

Banjir yang melanda enam negeri di Malaysia terus memberi kesan buruk, dengan jumlah mangsa meningkat kepada 35,261 orang dari 10,743 keluarga setakat jam 7.40 pagi ini.

Foto hiasan: Berita Harian

Memetik laporan Buletin TV3, laporan terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mencatatkan Kelantan dengan bilangan mangsa tertinggi seramai 29,022 orang dari 8,745 keluarga yang terjejas teruk oleh bencana alam ini.

Sebanyak 150 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di sembilan daerah di negeri-negeri yang terjejas untuk menampung keperluan mangsa banjir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terengganu melaporkan 5,845 mangsa (1,882 keluarga) yang kini berlindung di 144 PPS yang beroperasi di enam daerah di negeri tersebut.

Kedah mempunyai lima PPS yang menempatkan 180 mangsa dari 58 keluarga, manakala Perlis mempunyai tiga PPS dengan 166 mangsa banjir.

Johor dan Perak turut menyediakan masing-masing satu PPS dengan 28 dan 20 mangsa banjir.

Daripada jumlah keseluruhan mangsa banjir, seramai 11,626 (32.97 peratus) adalah lelaki dewasa, 12,537 (35.55 peratus) perempuan dewasa; 5,189 (14.72 peratus) kanak-kanak lelaki; 4,955 (14.05 peratus) kanak-kanak perempuan; 509 (1.44 peratus) bayi lelaki; dan 445 (1.26 peratus) bayi perempuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seterusnya, 1,217 (3.45 peratus) lelaki warga emas; 1,417 (4.02 peratus) wanita warga emas; 632 (1.79 peratus) orang kurang upaya (OKU) lelaki; dan 414 (1.17 peratus) OKU perempuan.

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd