Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Banglo Seksyen 12 Bakal Menghantui Pawagam Malaysia Bermula 25 Januari 2024

Diinspirasikan daripada sebuah novel seram, filem Banglo Seksyen 12 bakal menghantui pawagam Malaysia bermula 25 Januari 2024.

Pelakon merangkap penerbit filem itu, Intan Ladyana berkata dia telah memilih untuk menjadikan novel Banglo Seksyen 12 sebagai inspirasi kerana mahukan kelainan.

“Saya nak buat sesuatu yang baru diinspirasikan daripada novel. Saya pilih novel seram sebab memang dari dulu saya berlakon dalam cerita aksi dan seram.
“Jiwa saya memang cerita seram, jadi saya cari novel seram daripada Buku Prima Karangkraf sebab kebanyakan novel seram mereka best seller.

“Ada beberapa tajuk yang saya senaraikan, kemudian saya baca dan buat kajian. Saya pilih Banglo Seksyen 12 sebab ia sesuai untuk semua peringkat umur,” katanya dalam sidang media selepas tayangan perdana filem tersebut di Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, pengarah filem Banglo Seksyen 12, Dharma Nasution berkata mereka juga telah membuat beberapa rombakan daripada novel itu disebabkan kekangan daripada pandemik Covid-19 ketika penggambaran.

“Kami terpaksa buat rombakan pada saat akhir kerana pada waktu itu kita sedang berada pada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tonton Banglo Seksyen 12 di pawagam pada 25 Januari 2024

“Sebab itu, kami terpaksa menukar beberapa babak dalam filem ini bagi mengikuti SOP PKP dan jumlah rombakan filem ini adalah antara 50% hingga 60%,” kata Dharma.

Filem hasil produksi Prisma Pictures Sdn Bhd serta edaran Metrowealth ini turut mendapat sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) atas Dana Kandungan Digital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Banglo Seksyen 12 menampilkan Intan yang juga merupakan penolong pengarah bersama aktor, Mustaqim Bahadon sebagai tunjang utama filem ini.

Dalam pada itu, mereka juga dibantu oleh barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhari, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi.

Filem Banglo Seksyen 12 mengisahkan tentang pembunuhan sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo yang terbiar di kawasan hutan.

Banglo tersebut menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejarah berulang kembali 20 tahun kemudian selepas satu lagi kumpulan remaja yang datang ke banglo berkenaan ditemui mati di lokasi yang sama.

Haa kepada peminat cerita seram, jangan lupa untuk tonton di pawagam berdekatan bermula 25 Januari ini! Memang takkan menyesal la!

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd