Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sukan SEA 2025: Ratu Wusyu Hadiahkan Dua Emas Penutup Buat Kem Negara

Skuad wusyu negara menutup kempen Sukan SEA 2025 dengan penuh gemilang apabila menambah dua lagi pingat emas pada hari terakhir pertandingan.

Wusyu menutup Kem Negara dengan dua emas

Menurut laporan Sinar Harian, kejayaan itu dipelopori ratu wusyu negara, Tan Cheong Min yang merangkul emas acara gabungan tiga disiplin iaitu nanquan, nandao dan nangun, sebelum sekali lagi mencipta kemenangan bersama rakan sepasukan dalam acara duilian bersenjata berpasukan wanita di Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana, di sini.

wusyu

Atlet kelahiran Melaka itu mencatat jumlah keseluruhan 29.263 mata selepas menguasai ketiga-tiga disiplin berkenaan, sekali gus menewaskan wakil Vietnam, Dang Tran Phuong Nhi yang memperoleh 28.112 mata untuk pingat perak.

Artikel lain: Sukan SEA 2025: Berbaloi Tangguh Pengajian! Grace Wong Pecah Rekod, Raih Pingat Emas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pingat gangsa menjadi milik atlet Singapura, Kassandra Ong Xue Ling dengan kutipan 28.579 mata.

Cheong Min kemudiannya bergandingan dengan Loh Ying Ting dan Pang Pui Yee untuk menghadiahkan satu lagi emas kepada kem wusyu negara dalam acara duilian bersenjata wanita berpasukan selepas mengumpul 9.730 mata.

wusyu

Mengulas kejayaan tersebut, Cheong Min menyifatkan persiapan rapi termasuk menjalani kem latihan selama tiga bulan di China bermula Mac lalu menjadi faktor utama kejayaan diraih.

“Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian diri dan pasukan. Persiapan dibuat lebih awal bukan sahaja bagi menghadapi Sukan SEA, malah beberapa kejohanan besar lain sepanjang tahun ini,” katanya.

Atlet berusia 27 tahun itu turut percaya kejayaan di temasya dwitahunan ini mampu menjadi pencetus kepada peningkatan prestasi skuad wusyu negara menjelang Sukan SEA 2027, yang bakal menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

wusyu

Sebelum itu, pada Sabtu lalu, trio wanita negara yang dibarisi Loh Ying Ting, Mandy Cebelle Chen dan Sydney Chin Sy Xuan menghadiahkan emas pertama buat kem wusyu menerusi acara duilian tanpa senjata.

Secara keseluruhan, skuad wusyu negara menamatkan saingan Sukan SEA 2025 dengan pencapaian membanggakan apabila mengumpul tiga pingat emas, satu perak dan empat gangsa.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd