Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

ASP Antara Tiga Anggota Polis Didakwa ‘Tamatkan’ Nyawa Mohamad Hafiz

Tiga anggota polis termasuk seorang berpangkat Asisten Superintenden (ASP) didakwa menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan kematian terhadap seorang lelaki ketika cuba untuk menahan mangsa di sebuah stesen minyak di Ayer Hangat, Langkawi pada Januari lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, ketiga-tiga mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Langkawi atas dakwaan membunuh Mohamad Hafiz Salleh, 32, semalam.

Foto: Harian Metro

“Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan ke atas Asisten Superintenden, Azhar Mohamad Amir, 45, Koperal Shahril Firdaus Solleh, 36, dan Koperal Mohd Shaharri Shah Mat Saad, 36, di hadapan Majistret Nurul Natasha Rizal pada Selasa.
“Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan jurubahasa, ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama membunuh Mohamad Hafiz Salleh, 32, di pejabat operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi,” tulis laporan tersebut.

Foto: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut antara jam 6 petang hingga 8 malam pada 29 Januari lalu, dan kes didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau dipenjara minimum 30 tahun atau minimum 12 sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Khairul Anuar Abd Halim manakala kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu tidak dibenarkan untuk diikat jamin dan mahkamah telah menetapkan 20 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Sinar Harian (Wan Mohd Noor  Hafiz Wan Mansor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd