Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

ASEAN Dan EU Perkukuh Kerjasama Sektor Pendidikan Tinggi Dan Jaringan Akademik

Kerjasama antara Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Kesatuan Eropah (EU) bagi sektor pendidikan dan jaringan akademik terus diperkukuh melalui Dialog Polisi dan Sesi Jaringan Akademik yang berlangsung dari 26 hingga 28 Mei 2025 di Brussels dan KU Leuven, Belgium.

Antara perkara yang menjadi keutamaan termasuk mendepani cabaran bersama seperti transformasi digital, mobiliti kemahiran, pendidikan inklusif serta ketahanan terhadap iklim.

ASEAN dan EU perkukuh kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi dan jaringan akademik

ASEAN Dan EU

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud memaklumkan bahawa program yang menghimpunkan pembuat dasar, pemimpin institusi pendidikan tinggi, wakil belia serta pakar pendidikan dari kedua-dua rantau ini amat penting dalam berkongsi kepakaran dan idea untuk membincangkan isu semasa.

“Antara hasil utama daripada program ini termasuklah peningkatan kefahaman terhadap kerangka pengiktirafan kemahiran antara rantau, serta strategi memperkukuhkan penyertaan belia dalam proses pembuatan dasar.
“Yang paling penting adalah melalui kerjasama ini ia turut dapat mengukuhkan hubungan antara pemegang taruh pendidikan ASEAN dan EU,” jelasnya ketika menghadiri program EU-ASEAN Sustainable Connectivity Showcase on Higher Education di Brussels, Belgium.

Artikel lain: PETRA Kukuh Peranan Peneraju Tenaga Serantau, Sokong Penuh Deklarasi KL ASEAN 2045

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas Mustapha, pengukuhan kerjasama ini memberi pelbagai manfaat kepada negara-ngeara yang terlibat termasuk penyelesaian isu berkatian akademik, penerokaan peluang mobiliti pelajar dan akademia.

Kerjasama aini jelasnya penting dalam memacu pembangunan mampan dan integrasi serantau.

Kesemua inisiatif ini adalah sebahagian daripada EU-ASEAN sustainable Connectivity Package – Higher Education Programme (SCOPE-HE) yang dilancarkan pada pertengahan 2024.

Sehingga kini, lebih 500 institusi pendidikan tinggi dari ASEAN dan EU telah terlibat melalui pemberian Academic Connectivity Grants, pelaksanaan kajian serantau berkaitan kerangka kelayakan dan jaminan kualiti serta inisiatif pemerkasaan belia seperti kempen Empower Youth4Food.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd