Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Arif Aiman Duduki Tempat Kelima Dalam Carta Top Scorer Liga Juara-Juara AFC

Nama pemain bola sepak terkenal rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, walaupun usianya baru sahaja 21 tahun namun, pelbagai pencapaian telah dicipta sehingga berjaya membuka mata orang ramai.

Malah, baru-baru ini, Arif Aiman telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok teratas dalam Carta Scorer Liga Juara-Juara AFC selepas dua perlawanan.

Arif Aiman Top Scorer Liga Juara-Juara AFC

Difahamkan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi wakil Malaysia untuk Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan pada perlawanan pertama, JDT ditewaskan pasukan Kawasaki Frontale 1-0.

Artikel lain: Kongsi Foto Tunai Solat, Pemain Bola Sepak German Robert Bauer Masuk Islam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, JDT telah bangkit semula apabila berjaya membenam pasukan Thailand, BG Pathum United 4-2 dimana Arif Aiman Hanapi meledakkan dua gol manakala, Bergson dan Juan Muniz masing-masing meyumbangkan satu gol.

Kemenangan dua perlawanan tersebut secara tidak langsung menempatkan Arif Aiman di kedudukan kelima dalam cara Top Scorer seperti mana yang dikongsikan oleh portal ESPN.

Dalam carta tersebut, Ali Jasim (Air Force Club), Kodjo Fo-Doh Laba (Al-Ain), Martin Adam (Ulsan Hyundai), Hernandes Rodrigues (Incheon United) masing-masing mengumpul tiga gol.

Manakala, Arif Aiman (JDT), Elman Tagayev (Ahal), Azizbek Amonov (Nasaf Quarshi), Stefan Mugosa (Incheon United) dan Romarinho (Al-Ittihad) meledakkan dua gol dalam dua perlawanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih mengejutkan, pemain hebat seperti Cristiano Ronaldo dan Neymar, masing-masing menjaringkan satu gol dalam dua perlawanan pertama ini.

Meskipun perlawanan ini masih panjang, statistik tersebut telah membuktikan bahawa anak muda tempatan mampu bersaing dengan pemain handal yang lain

Sumber: ESPN 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd