Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Angkara Dendam, Rumah Salman Khan Diserang Dua Individu

Rumah bintang Bollywood terkenal, Salman khan telah diserang oleh dua individu dipercayai ahli kumpulan gengster kerana masih menyimpan dendam terhadap aktor itu.

Menerusi laporan BBC, Polis Mumbai menyatakan bahawa pelakon berusia 59 tahun berkenaan telah menimbulkan kemarahan  kumpulan gengster, Bishnoi disebabkan oleh tindakannya yang membunuh dua ekor antelop 20 tahun yang lalu.

Foto: IG Salman Khan

Polis berkata, insiden terbaru ini merupakan rentetan daripada ancaman yang pernah diterima oleh Salman Khan beberapa tahun yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, dua suspek iaitu Vicky Gupta dan Sagar Kumar telah melepaskan sebanyak lima das tembakan ke arah kediaman Salman yang terletak di kawasan Bandra pada Ahad lepas.

“Dua lelaki itu menghampiri menaiki motosikal pada awal pagi Ahad dan melepaskan lima das tembakan ke arah pangsapuri Khan di kawasan kejiranan Bandra yang mewah sebelum melarikan diri,” kata pihak polis.

Meskipun ketika insiden terbabit Salman dan ahli keluarganya berada di dalam rumah, namun mereka dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Foto: IG Salman Khan

Pihak polis menjelaskan bahawa rancangan untuk menembak kediaman Salman itu direncanakan oleh adik Lawrence Bishnoi, Anmol melalui satu catatan di Facebook.

“Rancangan untuk menembak pelakon berusia 58 tahun itu direka oleh adik Lawrence Bishnoi, Anmol, menerusi satu catatan Facebook yang telah dikesan ke Kanada,” ujarnya.

Foto: National Herald

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan dengan itu, satu pasukan polis dari negeri Maharashtra, Delhi, Rajasthan, Haryana dan Punjab telah menjalankan operasi mencari individu lain yang turut terlibat dalam rancangan tersebut.

Kini, kedua-dua suspek telah dihadapkan ke mahkamah di Mumbai semalam serta akan kekal dalam tahanan sehingga perbicaraan selanjutnya yang ditetapkan pada 25 April.

Sumber: BBC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd