Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anggota Polis Ajak Wanita ‘Check-In’, JIPS Jalankan Siasatan Tatatertib

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan tatatertib terhadap seorang anggota polis yang didakwa mengajak seorang wanita berjumpa dan mendaftar masuk ke hotel, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Individu ajak wanita ‘check-in’

Menurut laporan Berita Harian Online, Pengarah JIPS, Datuk Seri Azri Ahmad memaklumkan bahawa Ketua Balai Polis Pandan Indah telah membuat satu laporan susulan penularan video tersebut.

polis

Foto: TT shaamajinbuuu_

“Siasatan kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pada masa yang sama, siasatan tatatertib turut dibuka ke atas pegawai rendah polis yang terlibat, termasuk aspek penyeliaan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dan bersedia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai atau penyelia jika didapati bersalah berdasarkan aduan yang diterima.

polis

Artikel lain: Tiga Kanak-Kanak Merayu, Cuak Ditahan Polis! Siap Nak Jual Basikal Lajak Di Kedai Besi Buruk

Terdahulu, seorang wanita telah memuat naik satu video di platform TikTok yang dikenali sebagai  @shaamajinbuu, yang memaparkan perbualan antara dirinya dan seorang lelaki dipercayai anggota polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam rakaman berdurasi satu minit 30 saat itu, individu berkenaan didakwa mengajak wanita terbabit untuk “check-in” bersama di sebuah hotel.

Foto: TT shaamajinbuuu_

Malah, menerusi rakaman suara yang tular itu, kedengaran juga suara lelaki tersebut seolah-olah memaksa wanita terbabit untuk keluar dan ‘lepak’ bersamanya.

Menurut Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, pihaknya mengesan video tersebut yang kemudiannya tular di laman sosial Instagram pada jam 5 petang semalam.

Polis kini sedang berusaha mengesahkan identiti individu yang terlibat dan meminta wanita terbabit tampil membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Usaha membanteras kegiatan ‘counter setting’ di pintu masuk negara akan dipertingkatkan menerusi dasar sokongan yang lebih kukuh, kata Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan...

Sosial

Seorang gadis tidak dapat menahan sebak selepas gagal ke peringkat seterusnya dalam uji bakat pencarian Dewi Remaja 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di...

Spotlight

Pemergian Hulk Hogan memberikan satu tamparan besar buat dunia gusti  apabila bintang lagenda asal Amerika Syarikat (AS) itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada...

Dunia

Seorang lelaki bersama rakan-rakan sekerjanya menjadi ‘hero’ menyelamatkan seorang pemandu wanita yang terperangkap dalam kenderaan dalam kejadian tanah jerlus di Tanjong Katong Road South,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd