Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Insiden Putra Heights: Amirudin Jelaskan Isu Jengkaut, Dakwaan PBT Tidak Ikut SOP

Insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas bukan disebabkan oleh jengkaut yang melakukan kerja-kerja pengorekan dan seterusnya mengakibatkan kebakaran besar, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata siasatan polis dan dapatan Jabatan Mineral dan Gas (JMG) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengesahkan kerja-kerja di atas tanah tidak menyebabkan isu kepada saluran gas tersebut.

Beliau berkata ini kerana paip saliran monsun yang terletak di atas paip gas tidak terkesan.

Amirudin jelaskan isu jengkaut

Amirudin jelaskan isu jengkaut

“Mengikut semakan saya dengan pihak berkuasa tempatan taman perumahan dan pembinaan paip monsun yang berukuran 4.2 meter dari segi diameter dijalankan sekitar 2008 dan 2009, iaitu sebelum penubuhan Pusat Unit Setempat pada 2010,” katanya pada sesi penerangan insiden Putra Heights di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Amirudin turut menjelaskan dakwaan bahawa syarikat pemaju yang membina rumah kedai dan membuat kerja tanpa kebenaran di sekitar kawasan selidan Petronas Gas Berhad (PGB) itu adalah tidak benar, malah syarikat itu telah menerima kebenaran untuk melaksanakan kerja-kerja berkendan pada 20 Mac 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Insiden Putra Heights: MB Selangor Umum Taklimat Khas Pada Sidang DUN Isnin

Dakwaan PBT tidak ikut SOP

“PGB juga mengkehendaki pihak pemaju untuk menepati syarat-syarat keselamatan yang ditetapkan oleh Petronas dalam mesyuarat prakerja sebelum permit kerja dikeluarkan,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan berhubung pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) tidak menepati kriteria apabila meluluskan Kebenaran Merancang melibatkan kawasan selidan Petronas dan berkompromi terhadap zon penampan.

Beliau berkata zon penampan yang ditetapkan oleh PGB adalah sebanyak 60 kaki sedangkan di kawasan Putra Heights, zon penampan yang ditetapkan ialah sebanyak 66 kaki, melebihi enam kaki daripada syarat yang ditetapkan.

Sebelum ini, Pengarah Bahagian Keselamatan Petroleum JKKP Husdin Che Amat dilaporkan berkata keadaan tanah di bawah paip yang lemah dan tidak menyokong sepenuhnya struktur paip merupakan punca bagi insiden itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya hasil siasatan mendapati paip gas tersebut memenuhi semua spesifikasi teknikal yang ditetapkan namun bahagian bawah paip didapati tidak disokong sepenuhnya oleh tanah dan satu keadaan yang menyebabkan paip berada dalam keadaan bahagian tidak disokong (unsupported segment) di atas tanah yang lembut dan lembap.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd