Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Alami Kerugian 88 Sen, MSM Cadang Harga Gula Dinaikkan RM3.85

MSM Malaysia Holdings Bhd mendakwa mengalami kerugian sebanyak 88 sen bagi setiap sekilogram gula yang dikeluarkan susulan peningkatan harga gula mentah.

Oleh itu, pihak MSM mencadangkan supaya harga gula peket sekilogram dinaikkan kepada RM3.85 berbanding RM2.85 dengan mendakwa kadar pada ketika ini tidak lagi kompetitif.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MSM, Hasni Ahmad berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan kerana operasi telah meningkat ekoran pelbagai faktor global.

Malah, pihaknya kini beroperasi dalam kerugian sejak dua tahun lalu dengan terbaharu, rugi sebanyak RM36 juta bagi suku ketiga 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Langkah ini dibuat kerana kos pengeluaran sudah tidak boleh dikawal atas beberapa faktor, antaranya perang di Ukraine, perang di Timur Tengah dan kejatuhan nilai mata wang ringgit.
“Oleh itu, kita perlu jual pada harga yang bersesuaian dan kita sedang menunggu maklum balas daripada pihak kerajaan berhubung perkara ini,”katanya.

MSM harga gula

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena program lawatan media ke MSM Johor di Pasir Gudang, Johor, kelmarin.

Dalam perkembangan lain, MSM dilaporkan akan mengeksport gula ke Singapura pada suku pertama atau suku kedua tahun ini.

“Namun ingin ditegaskan, langkah mengeksport gula itu tidak akan menjejaskan bekalan gula dalam pasaran tempatan. Tidak perlu bimbang kerana eksport gula tidak beri impak kepada pasaran tempatan, jangan risau,” katanya lagi.

MSM harga gula

Artikel lain: KPDN Melaka Serbu Restoran Mamak, Sorok Lebih 500kg Gula & Minyak Masak Peket

MSM turut meminta kerajaan memberikan penekanan terhadap usaha keselamatan makanan, khususnya melibatkan produk gula kerana ia merupakan satu keperluan asas rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, Malaysia perlu mempunyai sumber gula mentah sendiri dengan mencadangkan mewujudkan ladang tebu sendiri.

Ia adalah kerana negara seperti India dan Thailand sudah melarang eksport gila mentah dan hanya menerima dari Brazil sahaja.

“Apa akan berlaku sekiranya Brazil juga melarang eksport gula mentah. Jadi, perkara ini perlu diberikan perhatian untuk keselamatan makanan Malaysia,” tegasnya.

MSM harga gula

Sumber: Utusan Online (Mohd. Khairul Mohd. Ali), FMT (Nora Mahpar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama. Menerusi perkongsian di Facebook,...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Lokal

Sebak dan terharu. Seorang bapa kepada 10 anak menangis teresak-esak sambil sujud syukur di atas pentas selepas lapan anaknya menerima sijil kelahiran secara rasmi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd