Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Aktres Bollywood Dipercayai Bunuh Diri Akibat Putus Cinta, Bekas Kekasih Direman

Kematian aktres Bollywood, Tunisha Sharma yang ditemui mati tergantung di set penggambaran pada Sabtu lalu ternyata mengejutkan ramai pihak terutama industri hiburan India.

Susulan itu, bekas teman lelaki mendiang yang juga merupakan seorang pelakon ditahan oleh pihak berkuasa selama empat hari bagi membantu siasatan.

Difahamkan, ibu mendiang iaitu Sheezan Khan, mendakwa bekas teman lelaki anaknya itu mempunyai kaitan mengenai kematian pelakon berusia 20 tahun tersebut yang dipercayai membunuh dirinya sendiri lepas mengalami kemurungan akibat putus cinta.

Mereka didakwa telah menjalinkan hubungan sejak lima bulan lepas ketika bersama-sama melakokan sebuah drama bersama-sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika teman lelaki Tunisha disoal siasat, asbab dia memutuskan hubungan tersebut disebabkan oleh perbezaan agama beberapa hari sebelum insiden itu berlaku.

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih hangat apabila ibu Tunisha menegaskan hubungan mereka terputus bukan disebabkan perbezaan agama namun, bekas teman lelaki anaknya itu berlaku curang bersama perempuan lain.

Terdahulu, Tunisha Sharma ditemui meninggal dunia dipercayai membunuh diri di lokasi penggambaran siri Vasai di Maharashtra, Mumbai, India pada Sabtu.

Menerusi laporan dari NDTV, sebelum kejadian, Tunisha dipercayai menghilangkan diri selepas pergi ke bilik air dan tidak muncul dalam tempoh yang lama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Hanisah Selamat)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd