Penampilan penyanyi yang pernah mencetuskan fenomena luar biasa dari Korea Selatan, PSY , menjadi bualan ramai apabila dia kini tampil dengan perubahan bentuk badan.
Mana tidaknya pelatun hit Gangnam Style yang dulunya cukup terkenal dengan membawa perut buncit dan pipi chubby kini telah mengalami penurunan berat badan.
Perubahan itu dapat dilihat dengan jelas apabila perut buncit pemilik nama Park Jae Sang kini sudah mulai kempis dan mempunyai wajah yang sedikit tirus apabial dia berkongsi video dance challenge tular di TikTok, See Tình.
Disebabkan itu, ramai di kalangan peminat mengkritik penampilan terkininya kerana mereka mahu PSY mengekalkan bentuk tubuh seperti dahulu yang sememangnya sudah menjadi ikonik dengannya.
“Sebagai seorang selebriti, kamu perlu mengekalkan penampilan sewaktu kemunculan pertama kali, namun gagal. Dimanakah perut kamu menghilang?
“Hyung, adakah nafsu makan kamu sudah hilang? Kamu perlu makan nasi dan sup, dapatkan kembali bentuk tubuh kamu,”komen warganet.
PSY yang juga popular dengan lagu Gentleman sehingga mencapai jumlah tontonan lebih 1.5 bilion di laman YouTube bagaimanapun enggan membalas komen yang ditinggalkan netizen.
Akan tetapi, penyanyi berusia 46 tahun itu ada meluahkan sesuatu mengenai perubahan fizikalnya sewaktu ditemubual dalam satu acara variety show Knowing Bros.
PSY mengatakan dia sukar menjaga berat badannya kerana banyak melakukan gerakan tarian.
Bukan itu sahaja, dia juga mengakui perubahan itu berlaku disebabkan dirinya kini telah mengurangi pengambilan alkohol.
“Berat badan saya turun kerana saya banyak menari sejak kebelakangan ini.
“Saya juga mengurangkan pengambilan minuman alkohol,”ujarnya.