Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

AKPK Bantu Lebih 100,000 Rakyat Malaysia Keluar Dari Beban Hutang Dalam Tempoh Dua Tahun

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melancarkan Laporan Dwi-Tahunan 2023–2024 yang menandakan dua dekad perkhidmatan mereka dalam memperkasa rakyat Malaysia dari sudut kewangan.

AKPK bantu lebih 100,000 rakyat Malaysia

Laporan yang dilancarkan secara digital menerusi kod QR ini membawa tema “Rooted in Giving, Growing with Purpose”, diinspirasikan oleh pokok Tualang yang melambangkan kekuatan, keteguhan dan perkhidmatan tanpa syarat, sejajar dengan prinsip AKPK dalam memberi khidmat kepada rakyat dengan penuh empati.

Antara pencapaian utama sepanjang tempoh dua tahun ini termasuklah kejayaan Program Pengurusan Debit (DMP) yang meluluskan lebih 100,000 permohonan kes dengan jumlah bayaran semula hutang mencecah RM1.5 bilion.

Program ini membantu individu yang dibebani hutang untuk menstruktur semula kewangan mereka, malah para peserta juga mencatat penurunan ketara dalam nisbah hutang kepada pendapatan (Debt Service Ratio) daripada 84% kepada hanya 40%, memberikan ruang nafas kepada mereka yang terbeban.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata, pencapaian ini bukti komitmen AKPK yang bukan sahaja memberi solusi kewangan, tetapi juga menyemai nilai kemanusiaan.

“Transformasi sebenar bukan berlaku masa senang, tapi dalam kerja senyap dan konsisten untuk bantu orang lain bangkit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

AKPK bantu termasuk bimbingan

Dalam usaha memperkukuh daya tahan kewangan rakyat, AKPK juga mencatat peningkatan 95% dalam penggunaan khidmat nasihat kewangan dengan lebih 164,000 sesi dilaksanakan, merangkumi individu serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Bimbingan diberikan bukan sahaja tertumpu kepada pengurusan hutang, tetapi juga meliputi perancangan kecemasan, teknik bajet dan tabiat kewangan sihat.

Artikel lain: 53000 Individu Bawah 30 Tanggung Hutang Terkumpul RM1.9 Bilion – AKPK

AKPK turut memainkan peranan penting dalam pendidikan kewangan menerusi kempen seperti GROW Series dan The Humble Giant, serta program literasi kewangan yang berjaya mengumpulkan lebih 38,000 pelajar dari 135 kampus seluruh negara sempena Global Money Week.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Inisiatif seperti penubuhan kelab AKPK di universiti juga membantu melahirkan generasi muda yang lebih celik dan berdaya saing dari segi pengurusan kewangan.

Tidak ketinggalan, AKPK turut melangkah ke era digital dengan pembangunan AKPK Learned Intelligent Advisor (ALIA), pembantu maya berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menawarkan sokongan kewangan secara real-time.

Melalui pendekatan ini, AKPK bukan sahaja meningkatkan keberkesanan perkhidmatan, malah berjaya mencatat peningkatan lima kali ganda dalam penglibatan media sosial, dengan lebih tiga juta pengguna dicapai.

Menerusi segala pencapaian ini, AKPK menegaskan komitmennya untuk terus menjadi “pokok Tualang” dalam ekosistem kewangan negara iaitu teguh, menaungi dan terus memberi tanpa jemu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengan asas kepercayaan dan misi untuk memperkasa rakyat, AKPK kekal menjadi simbol harapan dan perubahan sebenar dalam membina Malaysia yang lebih inklusif dan berdaya tahan kewangan.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis telah merakam keterangan isteri dan adik kepada Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin, yang dilaporkan hilang di Sungai...

Dunia

Seorang pelari dari Indonesia mencipta satu momen indah apabila berjaya menamatkan larian Half Marathon sejauh 21 kilometer (KM) dengan hanya menggunakan sepasang ‘selipar Jepun’...

Sosial

Seorang ibu muda dikenal sebagai Ain Farhana Binti Mohd Fadzli, 27, telah menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan anak keduanya akibat komplikasi di bahagian kepala....

Lokal

Pihak polis menyerbu sebuah banglo di Jalan Kemumin, Kota Bharu yang dipercayai mengadakan perjumpaan makan-makan sekumpulan individu sejenis yang melibatkan hampir 100 penyertaan. Serbuah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd