Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Kerabat Didakwa Tikam Rakyat: Akmal Saleh Gesa Tindakan Tegas Diambil

Akmal Saleh  gesa tindakan tegas diambil

Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Dr Akmal Saleh menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas dalam kes membabtikan seorang kerabat yang didakwa menikam seorang lelaki di sebuah kelab malam di Kuantan.

Akmal Saleh  gesa tindakan tegas diambil

Akmal Saleh  gesa tindakan tegas diambil

Foto: Hot FM

Menerusi satu hantaran di TikTok Akmal memaklumkan polis memaklumkan siasatan yang telah dijalankan sudah lengkap dan meminta agar jenayah ini dikenakan hukuman yang tegas bagi membela hak keadilan rakyat.

@drakmalsaleh

Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang tidak kira siapa kamu! Kami desak keadilan untuk rakyat di bawah ini,tidak kira warna kulit mahupun agama! Kami mohon agar pihak peguam negara untuk dakwa “kerabat” ini di muka pengadilan Jangan disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga!! #pemudaumnomalaysia #drakmalsaleh

♬ ACTION – J Burce Producer

“Ada satu kerabat yang telah tikam seorang rakyat Cina di kelab malam. Lepas dah tikam mangsa membuat laporan polis.
“Polis dah bagitahu siasatan dah lengkap, hari ini saya nak beritahu pemuda UMNO secara tegas kita tuntut kalau ada kes, mesti didakwa dan mesti dikenakan hukuman yang tegas.
“Hari ini ada isu rakyat yang jauh lebih perlu dibantu tapi disebabkan bawah ini, yang ditikam rakyat biasa, hanya orang Cina, saya tak kisah dia kaum apa, yang penting keadilan untuk dia mesti ditegakkan walaupun yang buat itu kerabat,” kata Akmal di TikTok, semalam.

Dalam pada itu, Akmal mendesak pihak berkuasa menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada suspek kerana semua manusia dianggap sama di sisi undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita desak AG dakwa dan juga kenakan hukuman yang berat walaupun dia kerabat sebab tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang,” jelasnya.
Akmal Saleh  gesa tindakan tegas diambil

Foto: Sinar Daily

Exco Kerajaan Negeri Melaka itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada Putera Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, yang menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan kepada sesiapa sahaja yang didakwa melakukan jenayah tanpa mengira status sosial seseorang.

“Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Tengku Mahkota Pahang (TMP), tahun lepas TMP dah buat kenyataan untuk siasat siapa sahaja yang melakukan jenayah biarpun bergelar seorang kerabat.
“Jadi, atas apa yang TMP titahkan ini, maka Pemuda Umno kita desaK, jangan biarkan rakyat di bawah ini terus dizalimi begini rupa,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Dakwaan Senda Agama: Akmal Saleh Sokong Siasat DJ, Tanya Perkembangan Kes Cecilia Yap & Harith Iskandar

Untuk info, mangsa merupakan seorang lelaki berbangsa Cina berusia 30 tahun dikatakan terlanggar kerabat yang bergelar “Tengku”  itu di pusat hiburan.

Lelaki itu kemudian dipanggil untuk bertemu dan kemudian memberi isyarat kepada pengawal peribadinya, sebelum memukul kepala mangsa dengan jag kaca.

Kerabat itu juga dipercayai mengacukan pisau lipat sebelum menikam mangsa di bahagian punggung sehingga kakitangan kelab malam itu menahan kerabat tersebut dan pengawal peribadinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa dikejarkan ke hospital kerana kehilangan darah yang banyak sebelum membuat laporan polis pada 8 Jun lalu berhubung kejadian yang berlaku pada 8 Mei itu.

Sumber: TikTok Dr Akmal Saleh

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd