Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Akmal Dan 4 Individu Digesa Haram Pijak Sabah & Sarawak – Aktivis

Aktivis dari Sabah dan Sarawak menggesa lima individu, termasuk Ketua Pemuda UMNO iaitu Dr Muhamad Akmal Saleh dilarang memasuki negeri itu kerana didakwa meningkatkan ketegangan kaum dan agama.

Menurut laporan Malaysiakini, gesaan itu dibuat Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dan Sabah Defenders of Ancestral Lands’ (Mopot Sabah) menerusi kenyataan bersama hari ini.

Empat individu lain itu adalah penceramah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu serta pendakwah bebas, Firdaus Wong dan Syakir Nasoha.

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, Ketua Publisiti dan Penerangan Sapa, Peter John Jaban dan wakil Mopot Sabah, Atama Katama berkata, kerajaan kedua-dua negeri itu diminta mengemas kini senarai hitam imigresennya dengan turut menambah nama lima individu terbabit.

Menurutnya, gesaan itu adalah kerana mereka turut dianggap mencetuskan perselisihan sosial di rantau ini.

“Permintaan ini adalah sebagai tindak balas kepada beberapa peristiwa baru-baru ini yang mengancam keamanan serta keharmonian di Sarawak dan Sabah.
“Senarai hitam imigresen yang dikemas kini termasuk individu yang mencetuskan protes dan boikot, mendorong sikap tidak bertoleransi kaum dan agama, mewujudkan ketakutan dan ketidakamanan serta menggalakkan sikap memecah belah,” katanya.

Foto: Sinar Harian

Menurut mereka, gesaan itu adalah usaha untuk mengekalkan keadaan aman di Sarawak kerana Adenan juga pernah memasukkan dua individu dalam senarai hitam imigresen iaitu Ketua Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunus.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Gesaan senarai hitam imigresen dikemas kini ini bertujuan melindungi Sarawak dan Sabah daripada potensi gangguan serta risiko kepada perpaduan sosial.
“Antara alasan sering digunakan kerajaan negeri bagi menghalang individu tertentu memasuki Sarawak, adalah potensi mereka untuk menjejaskan keharmonian negeri berbilang kaum dan agama,” ujarnya.

Dalam pada itu, kedua-dua mereka menekankan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk mengawal hal ehwal imigresen sendiri seperti yang ditetapkan di bawah terma Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sumber: Malaysiakini

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd