Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Ahmad Zahid Sedia Jika Dua Jawatan Tertinggi Dalam UMNO Dipertanding Pada 2026

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terbuka sekiranya dua jawatan tertinggi dipegangnya akan dipertandingkan semasa pemilihan parti itu pada 2026 yang tertakluk kepada perbincangan dan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Menurut satu laporan Bernama, Ahmad Zahid berkata, akan mematuhi Perlembagaan dan peraturan UMNO yang mengariskan pemilihan dalam parti diadakan setiap tiga tahun apabila cukup jeda waktu.

Foto: Facebook Zahid Hamidi

“Ada klausa pemilihan boleh ditangguhkan selama 18 bulan, jadi ia bergantung kepada keputusan MT dan Perhimpunan Agung UMNO, kita akan patuhi Perlembagaan dan peraturan UMNO.
“Saya terbuka dalam perkara ini, apa yang penting UMNO harus dipertahan dan kekal releven. Pemilihan parti untuk memantapkan dan memperkasakan parti tetapi sekarang jangan fikir soal pertandingan, yang penting perkukuhkan UMNO dahulu,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO tidak mahu kehilangan negeri Johor selaku deposit tetap seperti yang sudah berlaku di Sabah sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Zahid Hamidi

“Saya berasa sangat dekat dengan Johor apabila kita mencapai kejayaan pada Pilihan Raya Negeri lepas dengan kemenangan dua pertiga sekali gus menubuhkan kerajaan negeri UMNO dan BN.
“Kehilangan Sabah berpunca daripada situasi politik dan saya harap di Johor masalah dapat diselesaikan. Saya yakin (Menteri Besar) Datuk Onn Hafiz Ghazi akan terus menjadikan Johor sebagai kubu kuat UMNO,” jelas beliau.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut mengingatkan kepada semua ahli UMNO yang mahu jawatan dalam parti supaya menggunakan saluran yang betul sekali gus memaklumkan sudah tujuh tahun memegang jawatan Presiden UMNO selepas diberikan tanggungjawab oleh bekas Presiden BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Foto: Facebook Zahid Hamidi

Untuk makluman, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara telah meluluskan tiga usul yang dibangkitkan dalam mesyuarat termasuk gesaan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu dipertanding pada pemilihan akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Lokal

Lima individu termasuk sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda bernilai lebih RM5 juta disambung reman selama tujuh...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd