Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Ahli Parlimen Pembangkang Henti Runding Mohon Peruntukan Dengan Kerajaan

Ahli parlimen pembangkang akan menghentikan rundingan dengan kerajaan berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan mereka.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PN di Kuala Lumpur hari ini.

Pembangkang henti runding mohon peruntukan

Foto: Harian Metro 

Menurut Takiyuddin, pihaknya mengambil keputusan tersebut selepas pertemuan sebanyak dua kali bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof tidak membuahkan hasil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Isu PM Terima Ancaman, PAS Perlu Cermin Diri – Fahmi Fadzil

Katanya, setiap perjumpaan bersama Fadillah bagi membincangkan isu mengenai peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang berakhir tanpa jalan penyelesaian.

Foto: Astro Awani

“Saya sahkan lebih sekali saya bermesyuarat dengan Fadillah yang diberi mandat Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu ini.
“Tapi apa yang diminta daripada Fadillah ini supaya pihak pembangkang menulis surat kepada mereka untuk memberikan jaminan tertentu dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ketika negara berada di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan itu yang menawarkan MoU untuk pembangkang tandatangani.

“Dahulu kerajaan tawarkan kepada pembangkang tandatangan MoU, tak ada masalah apapun jadi kenapa pula kita perlu hantar surat untuk memohon dan beri akur janji,” ujarnya.

Foto: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, beliau berkata peruntukan tersebut telah dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH), maka pihaknya tidak akan meneruskan rundingan ataupun permohonan.

“Peruntukan ini adalah janji dalam buku manifesto mereka iaitu memberikan peruntukan sama rata kepada ahli parlimen.
“Tetapi Perdana Menteri ‘pusing’ dia kata tak bermakna tak beri (beri projek di parlimen tertentu) itu bukan isunya.
“Isunya sekarang, peruntukan perlu diberikan kepada ahli parlimen macam kerajaan sebelum ini seperti di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis yang diberikaan peruntukan sama rata tidak kira pembangkang atau kerajaan,” jelasnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan akan menyalurkan peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang jika mereka sedia untuk berunding.

Pada masa yang sama, Anwar turut menafikan dakwaan beliau zalim kerana menganak tirikan empat negeri diperintahkan PN dengan mengurangkan peruntukan.

Namun begitu, kerajaan sebaliknya meningkatkan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang berbanding sebelum ini.

Sumber: Harian Metro (Mahaizura Abd Malik)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Sosial

Doa seorang sukarelawan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, agar rakyat Palestin dikurniakan rezeki, menjadi nyata apabila tular video...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sosial

Aktivis kemanusiaan Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri mengesahkan bahawa kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Marinette, telah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd