Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ada Masalah Mental, Wanita Jadi Punca Kematian 3 Penuntut UiTM Dungun Dilepaskan

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini membenarkan seorang wanita yang didakwa jadi punca kematian tiga penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, diikat jamin sebanyak RM40,000 selepas mengambil kira faktor kesihatan mentalnya.

Wanita jadi punca kematian 3 penuntut UiTM Dungun diikat jamin RM40,000

Memetik laporan daripada Buletin TV3, tertuduh, Norizan Ismail, 50 tahun, sebelum ini didakwa merempuh empat pelajar menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV di Jalan Pantai berhadapan UiTM Dungun pada 9 Oktober tahun lalu.

Kredit foto: Buletin TV3

Wanita jadi punca kematian 3 penuntut pada kejadian Oktober tahun lalu

Kejadian tragik tersebut telah mengorbankan tiga pelajar iaitu Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anuar Jamaluddin, masing-masing berusia 20 tahun, manakala seorang lagi mangsa, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 21, cedera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

punca kematian

Hakim tetapkan 7 syarat ketat kepada tertuduh

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani turut menetapkan tujuh syarat ketat terhadap Norizan, antaranya melapor diri dua kali sebulan di IPD Dungun, tidak boleh mengakses kunci kenderaan, dan tidak dibenarkan keluar rumah tanpa kehadiran suami atau anak bersama suami.

Selain itu, tertuduh diperintah mendapatkan rawatan berkaitan di hospital dan dilarang mengganggu saksi sehingga kes selesai.

Sekiranya mana-mana syarat dilanggar, jaminan akan terbatal serta-merta dan wang jaminan dirampas.

Artikel lain: Didakwa Bunuh 3 Penuntut UiTM Dungun, Wanita Layak Dibicara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Norizan telah dituduh mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan atas tuduhan menyebabkan kematian dan mencederakan mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahir Jusoh.

Sumber: Buletin TV3 (Mohd Ishak Abdillah Ngah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd