Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pernah Tular Hilang 6 Ahli Keluarga, Abdul Rahman Sah Bergelar Suami Di Usia 21 Tahun

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan pada September 2023, kini memulakan lembaran baharu dalam hidupnya apabila selamat melangsungkan perkahwinan dengan Wahidatul Imtiyazzah pada 3 Disember lalu.

Abdul Rahman sah bergelar suami

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Aman di TikTok, lengkap dengan foto majlis pernikahan sederhana namun sarat nilai kesyukuran, yang mengundang ribuan ucapan tahniah dan doa daripada warganet.

“3 Disember 2025, saya terima nikah Wahidatul Imtiyazzah dengan mas kahwinnya seutas gelang emas tunai,” kongsinya.

Dalam hantaran tersebut, Aman turut berkongsi luahan hati yang penuh keinsafan mengenai tanggungjawab sebagai suami.

“Aku berjanji untuk menjadi temanmu dalam susah dan senang, pelindung hatimu ketika dunia terasa berat dan peneduh jiwa dalam setiap langkah perjalanan hidup kita,” ujarnya.

abdul rahman

Ibu saudara titip doa buat Abdul Rahman

Ibu sudaranya, Nora Hila atau Mak Ila, menitipkan doa agar Aman menjadi ketua keluarga dan imam yang bertanggungjawab, mencontohi arwah bapa mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tahniah Aman dan isteri

Perkongsian ini turut menarik perhatian ramai yang mengikuti perkembangan Aman dan adiknya, Abdullah, 17, satu-satunya mangsa terselamat dari tragedi tersebut.

Semoga bahagia hingga ke Jannah

Semoga hubungan dengan adik terus terjaga

Artikel lain: Adik Rahman Sudah Sedar Selepas 10 Hari Ditidurkan, Tapi Belum Tahu Keluarga Maut

Tragedi itu meragut nyawa enam sekeluarga iaitu bapanya Amir Ruddin Ismail, 46; ibu, Norahimah Noor Muhamad, 43; dan empat anak mereka berusia antara 5 hingga 17 tahun yang ketika dalam perjalanan ke Segamat untuk tugas ibu mereka sebagai guru.

Abdul Rahman terselamat kerana tidak ikut bersama pada hari kejadian, manakala Abdullah mengalami kecederaan parah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kini, Aman melangkah ke fasa bahagia dalam hidupnya, membawa harapan dan doa agar perkahwinan mereka sentiasa diberkati Allah.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd