Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Adik Berdiri Sambil Bertongkat, Tak Diberi Duduk Dalam Tren.. Abang Akui Kecewa – “Kami Anak Yatim Piatu”

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang lain.

abang

Kejadian itu mencetuskan perbincangan hangat apabila sesetengah pengguna mengecam sikap penumpang kerana tidak prihatin, manakala sebahagian lain berpendapat kanak-kanak itu tidak meminta tempat duduk.

Artikel lain: Sempat Hadiahkan Telefon, Penghidap Kanser Pergi Pada Hari Lahir Adik – “Abang Sayang Aidil”

Bagi menjawab persoalan yang timbul, seorang lelaki bernama Faeez yang mendakwa sebagai abang kepada kanak-kanak berkenaan tampil memberikan penjelasan melalui video 20 saat yang dimuat naik di akaun TikTok @situkanggunting.

Advertisement. Scroll to continue reading.

abang

Dalam kapsyen video tersebut, Faeez mengesahkan bahawa individu dalam rakaman tular itu adalah adiknya.

“Ramai tag saya. Ya ini adik saya. Dia bukan saja patah kaki, muka dia pun ada patah di tulang pipi, patah di rahang dan retak di bawah mata,” tulisnya.

Menurut Faeez, ketika adiknya berada dalam tren berkenaan, tiada seorang pun penumpang yang mempelawa untuk memberikan tempat duduk meskipun keadaan adiknya jelas menunjukkan dia mengalami kecederaan.

abang

“Ada yang tengok dia, tapi semua buat tak tahu. Saya faham mungkin semua penat balik kerja,” katanya.

Faeez turut meluahkan rasa kecewa terhadap komen-komen negatif yang menyalahkan adiknya kerana tidak meminta tempat duduk.

“Kalau ada ehsan atau common sense, kita takkan cakap macam tu. Apa salahnya kalau pelawa,” tambahnya.

abang

Lebih menyedihkan, Faeez mendedahkan bahawa keluarga mereka baru sahaja kehilangan ibu dalam kemalangan yang berlaku pada 28 Oktober lalu. Kemalangan itu melibatkan lima beranak dan meragut nyawa ibu mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Adik saya sampai mengadu letih dan sakit berdiri. Saya cuma minta jangan komen bukan-bukan. Bagi kata-kata positif. Kami baru kehilangan emak,” jelasnya.

Di penghujung video, Faeez menitipkan pesanan penuh kasih buat adiknya, sekali gus menggambarkan tanggungjawab besar yang kini perlu dipikulnya sebagai abang.

“Untuk adikku. Angah janji angah akan kerja lebih keras untuk penuhi apa yang adik nak. Mintalah saja. Angah susah sorang-sorang tak apa, jangan adik yang rasa susah.
“Walaupun ma pergi sebulan sebelum angah nak kahwin, abang tetap kena semangat dan kuat untuk semua.” ungkapnya.

abang

Sumber: TikTok @situkanggunting

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd