Transgender Thailand, Nong Poy yang pernah mengejutkan ramai apabila mengumumkan bakal berkahwin dengan seorang pewaris kaya dikenali sebagai Oak Phakwa Hongyok kini telah sah bergelar ‘isteri’ kepada jejaka kacak itu.
Kahwin di Phuket 1 Mac kelmarin
Memetik laporan dari media The Nation Thailand, Nong Poy dan Oak Phakwa Hongyok telah melangsungkan perkahwinan mereka mengikut adat peranakan di Phuket, Thailand pada 1 Mac kelmarin.
Melihat dari hantaran di media sosial, model terkenal itu memakai busana pengantin yang mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan. Pakaian yang menerapkan unsur tradisional itu dikatakan bernilai kira-kira 20 juta baht (RM2.5 juta) dan majlis diadakan begitu terhad dengan hanya keluarga serta rakan terdekat sahaja yang hadir.
Pakaian pengantin tersebut juga dilihat telah disulam dengan benang emas serta Nong Poy sendiri mengenakan perhiasan dari emas dan permata.
Tak hanya itu, dia juga memakai mahkota bunga diseliputi emas yang difahamkan telah dibuat kira-kira tiga bulan.
Kahwin ikut adat peranakan tau!
Seminggu sebelum berkahwin, pasangan tersebut juga telah mengikuti upacara memberi penghormatan kepada nenek moyang dan Nong Poy dan pasangannya telah memakai pakaian adat Baba Nyonya.
Untuk makluman, suami kepanda Nong Poy iaitu Oak Phakwa Hongyok merupakan anak kepada pemilik konglomerat Thailand serta bakal pewaris kumpulan Ar Jor yang mempunyai perniagaan hotel dan pelancongan.
Bukan itu sahaja, selain terlibat dalam perniagaan hotel dan perlancongan, kumpulan Ar Jor juga mempunyai muzium, restoran dan kafe terkenal di Phuket.
Walaupun begitu, transgender tersebut juga tidak kalah hebat juga apabila Nong Poy mempunyai kekayaan yang tersendiri hasil daripada kerjayanya sebagai penggiat seni.
Dia juga pernah memenangi gelaran Miss Tiifany’s 2004 dan ratu cantik Miss International Queen pada tahun yang sama.
Sumber: The Nation Thailand, Instagram Nong Poy