Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Harta Cecah RM3.3 Bilion, Shah Rukh Khan Jadi Pelakon Asia Ke-4 Terkaya Di Dunia

Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan telah dinobatkan sebagai pelakon Asia ke-4 terkaya di dunia menurut World of Statistic.

Difahamkan, kekayaannya telah menjangkau sebanyak AS$770 juta (RM3.3 bilion).

Berada di belakang The Rock

Memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada laporan media tempatan, aktor hebat itu berada pada tangga keempat dunia di belakang pelakon Hollywood, Dwayne Johnson yang memiliki kekayaan sebanyak AS$800 juta (RM3.5 bilion).

Pelakon komedi Amerika Syarikat, Jerry Seinfeld berada di tangga pertama pelakon paling kaya di dunia dengan memiliki kekayaan sebanyak AS$ 1 bilion (RM4.3 bilion)  diikuti Tyler Perry dengan kekayaan yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Janckie Chan pula di tangga ke-6

Pelakon lagak negeri Hong Kong, Jackie Chan juga menjadi antara pelakon dari Asia yang berada di senarai 10 pelakon terkaya di dunia. Dia telah berada di kedudukan keenam dengan jumlah kekayaan AS$520 juta (RM2.24 bilion).

Selain itu, pelakon Hollywood, Tom Cruise telah berada di tangga ke lima dan George Clooney pula berada di belakang Jackie Chan. Manakala pelakon filem The Irisman, Robert de Nero berada di kedudukan kelapan.

Manakala bekas Gabenor Carlifornia, Arnold Schwarzenegger dan Kevin Hart pula masing- masing berada di tangga ke sembilan dan 10 senarai pelakon terkaya di dunia.

Sumber: Kosmo! 

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd