Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang, DSAT Group Saman Sanusi RM1 Bilion

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor.

Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif kumpulan itu iaitu Datuk Seri Azizul Tandek, beliau berkata pihaknya akan menyaman Mohammad Sanusi sebanyak RM1 bilion.

DSAT Group bakal saman Sanusi RM1 bilion

Jelasnya, tindakan itu diambil susulan kenyataan Mohammad Sanusi pada 7 November lalu ketika sidang media di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

“DSAT Group memutuskan akan saman MB Kedah 1 bilion atas kenyataannya pada 7 November 2024 di MPSPK. Jumpa anda di mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, Mohammad Sanusi meluahkan harapannya agar syarikat yang bakal mengambil alih pasukan bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC mampu mengurus kelab tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Mohammad Sanusi yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah berkata walaupun urusan pemilikan kelab itu tiada kaitan dengan kerajaan negeri, namun beliau tetap berpesan agar tiada penipuan yang berlaku.

“Kalau ada kemampuan, silakan. Kita harap dan berdoa dia adalah kemampuan, jangan ‘scam’ lah. Belum apa-apa lagi dah buat kenyataan macam-macam dah.
“Macam scammer tak baguslah. Dia tak ada sangkut paut dengan kita (KFA), dia tak berurusan dengan kita dan dia tak perlu kebenaran saya atau EXCO Sukan,” ujarnya.

DSAT Group Saman Sanusi

Awal bulan ini, KDA FC mempelawa mana-mana pihak yang berminat untuk memiliki kelab bola sepak itu untuk menghantar surat tunjuk minat atau surat tawaran secara rasmi kepada mereka.

Pemilik KDA, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata pemegang saham KDA FC tidak ada halangan untuk mempertimbangkan mana-mana tawaran yang munasabah serta tulen demi kepentingan dan kelangsungan KDA FC.

Pelawaan itu disambut pantas oleh Azizul yang mengutuskan surat rasmi melalui anak syarikatnya, Mahsuri Medical Centre (MMC) pada Ahad lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

DSAT Group Saman Sanusi

Azizul turut menegaskan pihak KDA FC dan Mohd Daud diharap menerima apa jua tawaran daripadanya agar dapat bersama-sama merealisasikan hasrat untuk melihat KDA FC terus bersinar.

Sumber: Facebook Datuk Seri Azizul Tandek

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pelakon Song Jae-rim ditemui meninggal dunia pada usia 39 tahun, di apartmennya di Seoul, oleh seorang rakan yang sepatutnya keluar makan tengahari bersama petang...

Lokal

Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas mengaku bersalah melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki...

Lokal

Sebanyak 80 peratus daripada 300 pengunjung yang berhibur di kelab malam Genting Discotheque dikendalikan Genting Hotel pada malam hujung minggu, majoriti dihadiri rakyat Malaysia...

Nasional

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melantik tiga ikon bahasa dalam kalangan pempengaruh media sosial, bagi membantu agensi itu memberikan asas penggunaan bahasa yang baik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd