Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

5.1 Juta Rakyat Guna ‘Beli Dulu, Bayar Kemudian’, Majoriti Pendapatan Bawah RM5,000

Kaedah perbelanjaan ‘beli dulu, bayar kemudian’ (BNPL) naik sehingga RM7.1 bilion pada separuh kedua 2024, berbanding RM4.9 bilion dalam separuh pertama tahun lalu.

5.1 Juta Rakyat Guna ‘Beli Dulu, Bayar Kemudian’

Menurut laporan Bernama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata setakat Disember 2024, sebanyak 5.1 juta pengguna BNPL yang aktif, majoritinya golongan berusia 21-45 tahun dengan pendapatan kurang RM5,000 sebulan.

Amir Hamzah berkata, sebanyak 12 syarikat menawarkan perkhidmatan tersebut setakat ini selain menyifatkan keadaan peningkatan jumlah transaksi itu masih terkawal.

Beli Dulu, Bayar Kemudian

Foto: Bernama

“Setakat Disember 2024, pinjaman BNPL berjumlah RM2.8 bilion yang hanya merangkumi 0.2 peratus daripada keseluruhan keberhutangan isi rumah di negara ini.
“Kadar jumlah BNPL yang tertunggak juga terkawal pada RM82.6 juta iaitu 2.9 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai kredit BNPL,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menjawab pertanyaan Senator Musoddak Ahmad mengenai langkah pengawalan terhadap penyedia kredit seperti BNPL, Amir Hamzah memaklumkan bahawa kerajaan telah membentangkan bacaan kali pertama Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna di Dewan Rakyat pada 4 Mac 2024.

Artikel lain: KWSP Raih Pendapatan RM102 Juta Dari Penjualan Saham MAHB – Amir Hamzah

Advertisement. Scroll to continue reading.
Beli Dulu, Bayar Kemudian

Foto hiasan: Network International

RUU ini bertujuan untuk menyediakan rangka kerja kawal selia yang lebih menyeluruh terhadap industri pemberi kredit bukan bank. Ia juga bertindak sebagai langkah perlindungan pengguna daripada risiko keberhutangan yang tidak terkawal.

“Di bawah Akta Kredit Pengguna kelak, penyedia BNPL mesti mematuhi piawaian etika dan standard pelakuan seperti ditetapkan, termasuk ketelusan dalam yuran dan caj, terma kredit secara adil dan memberi peringatan kerap kepada peminjam mengenai pembayaran yang perlu diselesaikan.
“Sekiranya RUU ini diluluskan, ia akan ditadbir oleh satu badan berkuasa berwibawa baharu iaitu Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) di bawah Kementerian Kewangan,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Nasional

Malaysia sekali lagi menunjukkan kepimpinan kukuh di peringkat serantau apabila berjaya memacu komitmen negara-negara ASEAN dalam memperkukuh pembangunan kemahiran dan transformasi tenaga kerja masa...

Sosial

Tugu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pertubuhan Freemason di Bandar Tasik Senangin, di sini, didapati dimusnahkan malam tadi, menimbulkan kekecohan di kalangan penduduk. Ahli...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, membatalkan lawatannya ke Sidang Kemuncak ASEAN selepas kemangkatan diraja di negara itu. Ia ssekali gus menimbulkan kemungkinan beliau terlepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd