Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

435 Warga Malaysia Dilapor Dalam Senarai Pengusiran Dari Amerika Syarikat

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang menerima arahan sama daripada Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS (ICE).

Memetik laporan Harian Metro, data Operasi Penguatkuasaan dan Penyingkiran (ERO) ICE  yang dikeluarkan pada November lalu memaparkan, kira-kira 435 rakyat Malaysia kini berada dalam doket bukan tahanan ICE dengaan arahan penyingkiran muktamad.

435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari AS

435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran

Gambar hiasan

Susulan itu, data ini meletakkan Malaysia dalam kategori pertengahan antara negara yang terjejas akibat pengusiran itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Data ini kembali mendapat perhatian susulan kepulangan Donald Trump ke Rumah Putih bulan ini, berikutan usaha pentadbirannya memperketatkan penguatkuasaan imigresen.

Dalam pada itu, dokumen ICE menunjukkan bahawa walaupun bukan warganegara yang menerima arahan pengusiran akhir boleh mendapatkan perlindungan melalui suaka atau Konvensyen Menentang Penyeksaan, kerajaan AS tetap mengharapkan negara asal menerima kepulangan rakyat mereka.

Gambar hiasan

“Kekurangan kerjasama daripada kerajaan asing melambatkan dan dalam banyak kes, menghalang proses pengusiran,” menurut kenyataan ICE.

Artikel lain: Pesakit Maut, Pakar Bedah Digantung Tugas Selepas Tersilap Buang Organ

Advertisement. Scroll to continue reading.

Agensi itu menggesa kerajaan asing untuk mengesahkan kewarganegaraan, mengeluarkan dokumen perjalanan dengan segera dan menerima penghantaran pulang rakyat mereka melalui penerbangan komersial atau sewaan khas.

435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari AS selepas Trump kembali ke Rumah Putih

Kegagalan untuk mematuhi boleh menyebabkan sesebuah negara diklasifikasikan sebagai tidak bekerjasama atau berisiko tidak mematuhi.

Ketika ini, 15 negara termasuk China, India, dan Pakistan disenaraikan sebagai tidak bekerjasama, manakala 11 negara lain seperti Vietnam dan Iraq dianggap berisiko.

Sumber: Harian Metro (Jassmine Shadiqe)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang pelari dari Indonesia mencipta satu momen indah apabila berjaya menamatkan larian Half Marathon sejauh 21 kilometer (KM) dengan hanya menggunakan sepasang ‘selipar Jepun’...

Sosial

Seorang ibu muda dikenal sebagai Ain Farhana Binti Mohd Fadzli, 27, telah menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan anak keduanya akibat komplikasi di bahagian kepala....

Lokal

Pihak polis menyerbu sebuah banglo di Jalan Kemumin, Kota Bharu yang dipercayai mengadakan perjumpaan makan-makan sekumpulan individu sejenis yang melibatkan hampir 100 penyertaan. Serbuah...

Lokal

Sekitar 15,000 peserta dijangka turun padang dalam perhimpunan ‘Turun Anwar’ yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka pada 26 Julai ini, dengan lebih 2,000 anggota...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd