Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

31 Tan Kurma Dirampas, 14 Daripadanya Sudah Tamat Tempoh

Direktorat Perlindungan Hak Pengguna Nasional (DNCRP) merampas sekurang-kurangnya 31 tan kurma daripada sebuah stor sejuk di kawasan Kanchpur Narayanganj, Bangladesh pada petang Selasa.

Menerusi laporan The Daily Star, Ketua Pengarahnya Md Salimuzzaman berkata, pasukan polis yang diketuai Penolong Pengarah Pejabat Dhaka Abdus Salam melakukan serbuan di dua perusahaan berasingan yang menyimpan kurma tersebut.

“Antara 14 tan itu telah melepasi tarikh luput,” katanya.

Foto: The Daily Star

Semasa serbuan dijalankan, pihaknya mendapati sebanyak 14 tan kurma dari Mosumi Enterprise tamat tempoh pada tahun 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kesemua kurma itu bernilai sekurang-kurangnya 216 000 Bangladesh TaKa (BDT) yang telah ditandakan dengan pelekat palsu yang memanjangkan tarikh luput.
“Kurma yang bernilai 269 400 BDT daripada Madina Enterprise dirampas kerana kekurangan kertas kerja,” ujar beliau.

Beliau juga berkata bahawa perusahaan itu mahu menjual kurma tersebut dengan mewujudkan kurma tiruan di pasaran tempatan pada bulan Ramadan.

Foto: ANTARA News

Md Salimuzzaman turut berkata, belum terdapat tindakan yang dikenakan ke atas pihak tersebut namun siasatan masih terus dijalankan.

“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang terlibat selepas siasatan selesai,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan di Bangladesh telah menetapkan harga kurma yang merupakan hidangan utama semasa bulan Ramadan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kementerian itu menetapkan harga kurma bernilai 150 BDT hingga 165 BDT (RM6.60 hingga RM7.20) bagi gred rendah.

Sumber: The Daily Star

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd