Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Dakwaan Peras Ugut Pelancong Dari China, 30 Pegawai Imigresen Jakarta Dipecat

Seramai 30 pegawai imigresen Jakarta dipecat oleh Kementerian Imigrasi dan Pemasyarakatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta susulan dakwaan peras ugut yang menyasarkan pelawat China.

Memetik laporan The Jakarta Globe, Menteri Imigrasi dan Pemasyarakatan Agus Adrianto telah mengesahkan tindakan tersebut telah diambil pada Ahad.

30 pegawai imigresen Jakarta dipecat atas dakwaan peras ugut pelancong dari China

30 Pegawai Imigresen Jakarta Dipecat

Beliau berkata bahawa kementeriannya menerima aduan rasmi daripada kedutaan China di Indonesia yang memperincikan sekurang-kurangnya 44 kes yang mendakwa pelawat dikenakan surcaj secara haram di lapangan terbang terbabit.

“Tanpa maklumat daripada kedutaan China, kami tidak mungkin menyedari masalah ini. Menerusi aduan mereka, kami dapat mengambil tindakan dengan cepat bagi mempertingkatkan khidmat-khidmat imigresen,” katanya.

Dalam pada itu, Agus juga menggesa pegawai imigresen seluruh negara untuk menjaga profesionalisme dan integriti dalam menjalankan tugas mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan bahawa kedutaan China di Indonesia menghantar surat bertarikh 21 Januari kepada Direktorat Jenderal Protokal dan Urusan Konsular Kementerian Luar Negeri Indonesia, Jenderal Imigrasi Kementerian Imigrasi dan Urusan Pemasyarakatan serta Direktorat Jenderal Urusan Asia Pasifik dan Afrika.

30 pegawai imigresen Jakarta dipecat oleh Kementerian Imigrasi dan Pemasyarakatan

Surat terbabit mendakwa bahawa beberapa warga China diperas ugut di Lapangan Terbang Antarabangsaa Soekarno-Hatta, di mana mereka diarah untuk membuat bayaran kepada pegawai imigresen sebelum dibenarkan masuk.

Artikel lain: Parti Buruh Indonesia Tunjuk Perasaan, Baling Telur Depan Kedutaan Besar Malaysia

Menurut Tempo yang memetik dokumen yang diperolehinya, kes peras ugut didakwa berlaku antara Februari 2024 dengan Januari 2025 disamping turut menyatakan bahawa sejumlah 32,750,000 rupiah (AS$2,000) telah dipulangkan kepada lebih 60 warga China.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini hanyalah sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar kerana lebih ramai warga China telah diperas ugut tanpa mengemukakan aduan disebabkan jadual yang padat atau rasa takut terhadap tindak balas yang mungkin dikenakan pada masa akan datang,” menurut surat dilihat Tempo.

Sebelum ini, Agus berkata bahawa pegawai yang terbabit telah digantung tugas buat sementara waktu dan ini boleh dilihat sebagai peluang untuk melaksanakan pembaharuan bagi kementerian yang agak baharu itu.

“Ini adalah peluang untuk melaksanakan pembaharuan yang besar kerana imigresen berfungsi sebagai barisan hadapan Indonesia dalam berurusan dengan pelawat antarabangsa,” katanya.

30 pegawai imigresen Jakarta dipecat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta

Kementerian Imigrasi dan Pemasyarakatan ditubuhkan selepas pelantikan Presiden Prabowo Subianto pada 20 Oktober.

Sebelum ini, bahagian imigresen dan pemasyarakatan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kehakiman.

Sumber: The Jakarta Globe

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) ditahan polis selepas kejadian seorang pendaki yang ditemui maut ketika mendaki di Gunung Liang, Muallim, Tanjong Malim, semalam. Dua...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, yang ditemui meninggal dunia di puncak Gunung Liang di Muallim, Tanjong Malim, semalam ditemukan berseorangan dalam keadaan seakan tidur...

Lokal

Ibu kepada pelajar perempuan yang maut dalam tandas di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya mendedahkan hasil bedah siasat mendapati anaknya mengalami sebanyak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd