Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

3 Jun Cuti Umum Hari Keputeraan Rasmi Agong – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberitahu Putrajaya mengumumkan 3 Jun diwartakan sebagai cuti umum sempena hari ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menerusi laporan Free Malaysia Today, Fahmi berkata Agong telah memperkenan sambutan itu ditangguhkan ke September sebagai persediaan istiadat pertabalan pada 20 Julai depan.

“Selain upacara utama pada 20 Julai, turut diadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat dua hari sebelumnya di Masjid Negara diikuti penyampaian khutbah khas pada solat Jumaat hari ini.
“Sempena pertabalan itu Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah juga dijangka berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Jul,” kata jurucakap kerajaan itu.

Foto: The Sun

Dalam pada itu, Fahmi menjelaskan pertabalan itu akan menjadi istiadat simbolik yang tidak selalu dapat disaksikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, ini peluang untuk rakyat Malaysia memahami dengan lebih mendalam dan memupuk rasa cinta terhadap institusi diraja dan bagaimana diamalkan di bawah konsep Raja Berperlembagaan.

“Saya berharap tindakan Meta Platforms Inc (Meta) menurunkan hantaran di media sosial mengenai pertemuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan pemimpin politik Hamas Ismail Haniyeh diharap tidak lagi berulang.
“Saya akan mengadakan pertemuan dengan semua platform untuk memberi penegasan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dengan kepimpinan yang ada.
“Pihak-pihak platform media sosial perlu menghormati termasuklah pelaporan mengenai sebarang kenyataan yang dibuat oleh anggota pentadbiran termasuk perdana menteri,” katanya yang juga pengerusi jawatankuasa khas acara sempena istiadat pertabalan Agong.

Foto: Kosmo

Terdahulu, Meta memulihkan hantaran di Facebook daripada media tempatan yang melaporkan pertemuan Anwar dengan Hamas, semalam.

Kementerian Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan semua platform untuk memberi penegasan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dengan kepimpinan yang ada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today (Mohamad Fadli)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka. Menerusi...

Dunia

Rakyat Malaysia yang merancang bercuti ke selatan Thailand sempena cuti panjang Aidilfitri hujung minggu ini dinasihatkan menangguhkan perjalanan susulan isu kekurangan bekalan petrol dan...

Lokal

“Kenapa tangan ringan nak pukul anak orang? Umur muda dan tenaga banyak, patut guna untuk tanggung keluarga,” itu nasihat Majistret Rais Imran Hamid kepada...

Lokal

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas diserang buaya ketika menjala udang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd