Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengantin Hiba Teruskan Perkahwinan, 3 Ahli Keluarga Bawa Hantaran Maut Kemalangan

Majlis yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan bertukar pilu apabila 3 ahli keluarga pengantin lelaki maut dalam kemalangan sehari sebelum berlangsungnya perkahwinan.

3 ahli keluarga maut sekali gus

Memetik laporan daripada Harian Metro, ibu mangsa, Hasmah Awang, 60, menyatakan majlis perkahwinan anak lelakinya, Muhd Syafiq Abdul Rahim, 24, tetap diteruskan hari ini di Besut, Terengganu walaupun 3 ahli keluarga iaitu anak perempuan, cucu dan cucu menantunya maut dalam kemalangan jalan raya.

“Majlis perkahwinan anak ketiga saya, Muhd Syafiq Abdul Rahim, 24, tetap diteruskan hari ini, namun hanya ditemani adik bongsu dan kawan-kawannya, sementara keluarga lain menguruskan jenazah,” katanya.

3 ahli keluarga maut bawa hantaran yang digubah

Mangsa kemalangan yang berlaku di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai semalam ialah anak sulungnya, Nurul Ain Abdul Rahim, 39; cucu sulung, Nur Atikah Najihah Mohd Shah Penilzain, 18; serta menantu, Mohamad Faris Kamaludin, 24.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan membawa hantaran perkahwinan yang digubah untuk majlis perkahwinan Muhd Syafiq sebelum kereta dinaiki bertembung dengan bas ekspres.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua jenazah dibawa pulang ke Johor

Jelas Hasmah lagi, dia dan suami, Abdul Rahim Mat Diah, 71, tidak ke majlis perkahwinan, sebaliknya menanti jenazah pulang dari Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP).

“Setakat ini, perbincangan awal memutuskan untuk mengebumikan jenazah Nurul Ain sahaja di sini, manakala cucu saya dan suaminya akan dibawa ke Johor,” katanya.

Kehilangan anak sulung, cucu sulung & cucu menantu cukup dirasai

Hasmah menyatakan bahawa  kehilangan ini amat dirasai lebih-lebih lagi kerana hubungan rapat dengan cucu sulungnya, Atikah.

Dia turut berkongsi bahawa sebelum kejadian Atikah sempat bergurau dengannya dan menganggap ia sebagai petanda akan kehilangan anak sulungnya.

“Luluh hati saya kerana kehilangan anak dan cucu kesayangan sekali gus, tambahan pula Nur Atikah sangat rapat dengan saya memandangkan dia adalah cucu sulung saya.”
“Semuanya berlaku dengan sangat pantas, sepatutnya keluarga kami gembira menyambut perkahwinan dalam keluarga sebaliknya bertukar duka dengan kehilangan tiga ahli keluarga sekali gus,”

3 ahli keluarga

Artikel lain: “Bang, Sebut Allah… Bangun Bang!” – Jeritan Orang Awam Bikin Pilu Di Lokasi Kemalangan Maut

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengantin lelaki akan tetap melangsungkan pernikahan pada hari ini ditemani adik bongsunya serta rakan-rakan, manakala ahli keluarga lain menanti jenazah untuk diuruskan.

Majlis menyambut menantu yang dijadualkan esok akan diganti dengan majlis tahlil buat 3 ahli keluarga yang meninggal dunia.

Terdahulu, berita tentang kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan bas ekspres dilaporkan berlaku di Kampung Sungai Sam.

Ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan ke ke Besut bagi menghadiri majlis pernikahan dari Johor Bahru telah bertembung dengan bas ekspres sebelum maut dalam insiden tersebut disebabkan kecederaan parah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, pemandu bas hanya mengalami kecederaan ringan.

Sumber: Harian Metro (Syaherah Mustafa)

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Sosial

Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja mencuri tumpuan tempatan malah turut mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang tampil menyatakan solidariti dengan cara tersendiri. Indonesia...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Dunia

Seutas jam tangan mewah Richard Mille milik bekas Wakil Ketua Komisi III DPR RI, Ahmad Sahroni, yang diambil semasa pecah rumah pada Sabtu lalu,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd