Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

19 Ekor Kambing, 4 Buah Kenderaan Rentung Kandang Terbakar

Sebanyak 19 ekor kambing terkorban dalam satu kejadian kebakaran yang memusnahkan sebuah kandang ternakan di Kampung Jawa, Bayan Lepas, tengah hari Selasa.

Menurut laporan Utusan Malaysia, kebakaran itu turut mengakibatkan kemusnahan ke atas tiga buah kereta dan sebuah lori yang berada berhampiran lokasi kejadian, dengan tahap kerosakan dianggarkan antara 30 hingga 90 peratus.

Foto: Utusan Malaysia

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada jam 12.58 tengah hari.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru segera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak berhampiran sebuah kilang.
“Sebaik tiba, kami dapati kandang berkenaan hampir musnah dan 19 daripada 20 ekor kambing yang diternak di situ telah mati rentung. Empat buah kenderaan termasuk sebuah lori juga rosak teruk akibat kebakaran itu,” katanya.

Foto: Kosmo!

Api berjaya dikawal kira-kira jam 1.07 petang dan operasi pemadaman selesai sepenuhnya pada jam 2.21 petang.

Tambah beliau, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd