Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

15 Syarikat Laksana Projek Tebatan Banjir Babit Kos RM1.245 Billion – PETRA

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bakal melaksanakan beberapa projek Rancangan Tebatan Banjir di bawah Rancangan Malaysia Ke-Dua Belas (RMKe-12) membabitkan kos kontrak berjumlah RM1.245 bilion dan sebanyak RM67 juta diperuntukkan untuk tahun ini.

Menerusi satu kenyataan, Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelaksanakan projek tersebut sebagai langkah strategik untuk merangsang pembangunan sosio ekonomi serta alam sekitar yang lebih terpelihara.

“Melalui pelaksanaan projek pembangunan ini, dijangkakan penduduk setempat dapat menikmati peningkatan signifikan dalam kualiti hidup mereka,” katanya seperti yang dibacakan Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada Majlis Tandatangan dan Bacaan Ikrar Aku Janji di Menara PETRA, Putrajaya hari ini.

Fadillah berkata, majlis menandatangi dan bacaan ikrar yang diadakan itu melibatkan lima belas buah syarikat yang telah menerima Surat Setuju Terima (SST) daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi melaksanakan projek-projek di bawah RMKe-12 tersebut.

“Majlis ini diadakan bertujuan memperlihatkan keseriusan Kementerian dalam memastikan komitmen kontraktor untuk melaksana dan menyiapkan projek dalam tempoh masa ditetapkan.

“Projek-projek Rancangan Tebatan Banjir yang telah dianugerahkan kepada syarikat-syarikat berkenaan perlu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah banjir di lembangan sungai berkaitan di samping menjamin keselamatan dan mengurangkan kerugian kerosakan harta benda kepada penduduk serta infrastruktur awam,” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan negeri-negeri yang dikenalpasti berpotensi sering menghadapi banjir seperti Johor, Selangor, Kelantan, Kedah, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan diberikan tumpuan utama dalam pelaksanaan projek berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausah PETRA Datuk Mad Zaidi Mohd Karli, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Datuk Mohamad Razif Abd Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) Datuk Mohd Rodzwan Mohd Baba Sakri, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah PETRA dan kakitangan Kementerian.

PETRA komited dalam pelaksanaan projek pembangunan agar dapat menjayakan agenda nasional dalam mentransformasi sektor air untuk menjadi sektor yang mampan serta pemangkin pembangunan yang boleh menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta menjamin bekalan air berkualiti kepada rakyat.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di TikTok, majlis akad nikah pasangan bernama Farisya Azwin dan Aiman di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan bulan lalu menjadi bualan hangat dalam...

Sosial

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa...

Lokal

Dua beradik berusia enam dan lapan tahun maut selepas kereta dinaiki bersama ibu bapa mereka terbabas lalu terjunam ke dalam sungai berhampiran Jambatan Tanjung...

Sosial

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd