Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

12 Kesan Luka Pada Anggota Badan, Wanita Maut Dicederakan Suami Sendiri

Seorang wanita ditemui maut selepas dipercayai dikelar oleh suaminya sendiri sekali gus meninggalkan 12 kesan luka pada anggota badan mangsa di sebuah pangsapuri di Klang, Selangor pada 7 Jun lalu.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong menyatakan bahawa mangsa yang berusia 28 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan kelar di leher dan tangan kanan.

Foto: Utusan Malaysia

Menurut Cha, adik suspek telah membuat laporan dengan memberitahu bahawa abangnya telah melakukan perbuatan membunuh pada sekitar jam 7.58 pagi, Jumaat lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan awal mendapati suspek dan mangsa mempunyai masalah rumah tangga sejak perkahwinan mereka dua tahun lalu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati 12 belas luka hiris dan kelar di anggota badan mangsa seperti telinga, pipi, dagu, leher, bahu, lengan, jari manis dan kelingking serta kepala.

Jelasnya, kematian tersebut dipercayai berpunca daripada luka kelar pada leher yang telah memotong saluran pernafasan dan tulang leher mangsa.

Video: X @update11111

“Suspek berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu diberkas pada hari sama serta direman tujuh hari, bermula semalam hingga 14 Jun ini.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” ujarnya.

Sekadar info, mangsa dan suspek dikatakan memiliki seorang cahaya mata berusia enam bulan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Disebalik kegembiraan mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), rupanya remaja yatim piatu, Nik Muhammad Alis sudah tiga tahun hidup sendiri...

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Bisnes

Saham Astro Malaysia Holdings Bhd sekali lagi merudum ke paras terendah dalam sejarah selepas syarikat televisyen berbayar itu mengumumkan keputusan kewangan yang lemah, di...

Sosial

Demi mengejar ilmu dan segulung ijazah, seorang anak muda sanggup menempuh perjalanan lebih lapan jam bermotosikal dari Sepang, Selangor ke Perlis dengan hanya berbekalkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd