Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

MB Johor Puji Semangat Pasukan JDT, Komited Untuk Teruskan Perlawanan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram rasmi milik MB Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah meluahkan rasa terkilan dengan keputusan pasukan Selangor FC untuk menarik diri daripada Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih yang sepatutnya dijadualkan berlangsung hari ini.

Foto: IG Onn Hafiz

Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar telah memberi jaminan keselamatan pada perlawanan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“PDRM Johor juga telah bersetuju untuk mengarahkan 1,500 anggota polis untuk memantau aspek keselamatan pada perlawanan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Justeru itu, beliau turut memuji dan berterima kasih kepada kelab JDT yang mempercayai jaminan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meneruskan kesediaannya dalam perlawanan berkenaan.

“Saya ingin menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pasukan JDT diatas kesediaan, komitmen dan profesionalisme yang ditunjukkan untuk tetap meneruskan perlawanan yang telah dijadualkan kerana yakin dengan jaminan yang diberikan oleh PDRM bahawa keselamatan pasukan, pemain dan penyokong merupakan keutamaan,” ujarnya.

Selain tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menggugat keselamatan negeri Johor, Onn Hafiz turut menyatakan bahawa kerajaan negeri telah mengecam serta mengambil serius terhadap insiden menimpa Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim sebelum ini.

Foto: FB Johor Southern Tigers

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu-isu yang menggugat keharmonian dan keselamatan di negeri Johor,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Onn Hafiz berharap agar penyokong JDT akan terus memberikan sokongan dan semangat kepada kelab tersebut bagi setiap perlawanan pada masa akan datang.

Sumber: Instagram @onnhafiz

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Sosial

Adam Alis, pemain bola sepak Indonesia, tiba-tiba menjadi buah mulut netizen Malaysia selepas dua videonya tular di media sosial. Video pertama memaparkan dia dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd